SPECIAL OFFER

Thursday, March 24, 2011

My Lappy Tappy (Laptop)





Ini masa mula-mula dapat gaji. Elaun masa training dan jugak gaji masa mula-mula bekerja. Seronok bila penat lelah setiap hujung bulan kita akan terima gaji. Dulu masa mula-mula dapat gajini exicted sangat. Barang-barang yang Elle teringin Elle beli. Elle dari zaman sekolah lagi rajin menyimpan. Sekarang ni cuba nak menyimpan tapi dengan gaji tak seberapa ni tengah-tengah bulan pun dah sesak. Haih!

Elle tengok balik gambar-gambar dalam Photobucket ni dah terjumpa dengan beberapa barang yang Elle beli masa gaji permulaan dulu. Barang apa yang kau nak share sangat tu Elle oii?

Laptop HP Compaq ni bukan Elle yang beli. Hehe! Tapi ini laptop pertama Elle masa study dulu. Cuba bayangkan masa diploma dulu Elle terpaksa survive buat assignment sepanjang Diploma tu dengan menggunakan public komputer di lab komputer dan meminjam komputer kawan-kawan. Segan giler bila nak minta pinjam komputer dengan kawan-kawan. Thanks banyak-banyak kepada kawan-kawan yang pernah meminjamkan komputer especially roomate Elle, Ana dan housemate Elle, Lina kerana selalu meminjamkan komputer untuk kegunaan Elle. Akhirnya bila Elle sambung belajar dan ambil Degree, Daddy belikan sebuah laptop untuk Elle. Dan laptop ni masih elok dan boleh digunakan sehingga hari ini. I love you lappy.

[My 1st laptop.. Compaq Pressario]
Lepas habis study, giliran adik Elle pulak Mimin untuk sambung study di MMU. Jadi sebagai kakak yang penyayang, dengan berat hatinya Elle bagi laptop ni untuk kegunaan Mimin di MMU. Elle? Haih! No laptop. Hidup tanpa laptop ni membuatkan Elle terkial-kial tak tau nak buat apa. Dah le masa tu kerja tanam anggur jer. Tak keruan hidup ni. Nak minta Daddy belikan, tak sampai hati sebab masa tu kewangan family pun agak goyah jugak. Jadi, Elle sabar. Memang dari dulu Elle kalau nak sesuatu mesti Elle akan bersabar dan berusaha untuk dapatkan benda tu. Dulu masa study, nak kaset (zaman tu kaset, mana der CD, download-download lagu macam korang sekarang ni) Backstreet Boys, 911 dan yang lain, Elle kumpul duit belanja sekolah. Dan sabar itu ada ganjarannya.

Berkat usaha, Elle berjaya dapat kerja dan gaji pertama Elle selain daripada belanja family makan dan beri duit pada Mummy, Elle beli sebuah laptop baru untuk kegunaan Elle. Beli di Harvey Norman menggunakan credit card installment, (credit card Daddy ye) Elle bayar bulan-bulan selama setahun. Dah ada laptop mesti nak Internet kan. Apa barang guna dial up yang slow tu. Elle pun subscribe pakej Streamyx atas nama Daddy, sebab dia nak owner line rumah. Jadi setiap bulan Elle akan bayar duit laptop dan Streamyx pada Daddy. Sampai sekarang Elle masih bayar duit Streamyx pada Daddy. Kesian Daddy kalau nak bayar semuanya sendiri.

[Compaq Pressario V3000... pic from Google]

Tapi lepas beberapa bulan jer beli, dah start rosak. Masuk 2 3 bulan lepas, dah 4 kali Elle hantar laptop ni ke HP Service sebab asyik overheat, asyik rosak dan solution mereka ialah tukar motherboard. Mother F betul la. Itu sebab still under guarantee. Bulan 5 ni dah habis guarantee, kalau rosak cemana tu? Failure sungguh. Duit gaji dah la tak banyak. Elle bersabar je bayar bulan-bulan tapi ini yang Elle dapat. Hampeh sungguh. Elle kecewa sangat dengan laptop ni. Nasib baiklah kerja Elle sekarang ni company bagi laptop. Dapatlah juga buat kerja dan guna untuk kegunaan sendiri. Tapi kalau boleh Elle nak beli personal laptop. Memanglah sekarang ada laptop company dan laptop yang ada tapi suka rosak tu Elle dah malas nak pakai. Tapi kalau ada personal laptop boleh ler install game ke install macam-macam dalam tu. InsyaAllah, ada rezeki bolehlah dapat satu. 

Mimin pula? Sekarang ni dah ada personal laptop untuk kegunaan kat MMU tu. Warna mesti nak pink jer. Toshiba Portege apa tah, Elle tak ingat model laptop dia. Yang penting kalau pergi KL, Elle akan rembat laptop dia masa kat hotel untuk online.

[Toshiba Portege.. pic from google]

2 comments:

Ilhamny.com said...

min dah de lappy baru, amik la balik compact presario lis yg lama tu... (kerr, dah hancushh leburshhh compact presario tu)..hehehe

tapi cantik larr lappy adik tu..i likeee pink...

Elle Elyssa said...

lupa nak bgtau, laptop compaq pressario yg lama tu ada kat rumah. still elok lg cuma hard disk space x byk tapi mmg tahan lasak. lepas dapat laptop baru, mimin bg balik laptop lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...