SPECIAL OFFER

Friday, April 8, 2011

Elle and Beauty Products





Saper nak cantik angkat tangan macam Usop Wilca. Semua orang nak cantik kan? Seseorang tu akan lebih cantik bila kulitnya bersih dan cantik tanpa perlu make up tebal. Kerana perempuan begitu prihatin dengan kecantikan kulit dan wajah, macam-macam produk kita dapat lihat di pasaran sekarang. So, what brand did you choose?

Syukur alhamdulillah! Zaman remaja Elle which is zaman persekolahan dulu, muka Elle tak pernah pun naik jerawat. Sangat bangga dengan kulit iols yang licin itu. Tapi... tapi... sobb sobb.... masuk jer ke kolej di Langkawi, selepas minggu orientasi, dengan tidak semena-menanya jerawat pertama ku tumbuh pada umur 18 tahun. Tidak!!!!! Muka pun dah sunburn. Dari cerah tukar jadi gelap. Balik cuti semester, Mummy cakap "Ini bukan anak I uols, I tak kenal pun." Takdelah Elle tipu. Sebenarnya Mummy cakap camni, "Anak Negro manalah yang balik rumah aku ni."


Maka dengan itu, Elle membeli produk pertama iaitu krim muka untuk mengembalikan kecerahan muka dan menghilangkan jerawat. (Nasib baik jerawat Elle jenis tak berparut kat muka.) Elle pun beli krim muka Fair & Lovely. Memang selepas itu muka Elle kembali Fair dan rasa lovely sangat. After few years, Elle mula mengumpul produk kecantikan dan jenama terpilih ialah Nivea. Dengan krim muka, krim badan, pencuci muka dan segala adik beradik Nivea Elle beli. Sekarang cantik tak I pakai Nivea? (Battle lashes)
[Tak jumpa gambar produk Fair & lovely yang first tu. Ini pun boleh]
[Elle sempat ambil gambar masa Elle guna dulu]
 Bila masuk zaman Degree, Elle bertukar pulak pada Garnier. Pencuci muka dan krim muka. Elle tau Elle miss satu benda dalam rentetan penjagaan muka ni iaitu toner. Tapi rasanya Garnier tak sesuai la dengan Elle sebab kulit muka Elle yang dah kering semakin kering. So, Elle pun mengikut jejak Mummy memakai barangan Olay. Elle pun belilah pencuci muka dan krim muka Olay Total Effect tu. Nampaknya Olay ni serasi dengan Elle. Sampai lah kebelakangan ni, muka Elle yang dulu jenis kering dan hanya berminyak di T-Zone, semakin berminyak yang kalau dikumpul boleh goreng telur. Terasa macam orang minyak sangat.

Elle pun ajak Mr Hall mencari produk baru untuk dicuba, yang mungkin lebih sesuai untuk Elle di Watson. Kata ada member card. Mr Hall pun tolong Elle cari dan bagi cadangan untuk cuba beberapa produk. Boyfriend I metroseksual uols, tu yang untung.
[Rangkaian produk Loreal milik Mr Hall.]
Akhirnya kini pasti, Elle mengambil keputusan untuk mencuba toner Loreal Derma Genesis Pore Minimiser dan krim muka Loreal Revitalift SPF18. Pencuci muka pula dari Body shop, Vitamin C Cleansing Polish dan krim mata Vitamin C Eye Reviver Duo. Krim badan Elle masih setia pada Nivea sebab terbukti parut hidup di siku Elle yang dulunya besar tapi selepas setia dengan Nivea, parut Elle semakin mengecil dan menghilang. I loike!

[Elle guna toner yang kat tengah tu jer]
[Loreal Revitalift SPF18]

[Vitamin C Eye Reviver Duo]

[Vitamin C Cleansing polish]


Jadi untuk korang, kena cuba beberapa produk dan korang akan jumpa yang sesuai dengan korang. Beli packaging yang kecil dulu untuk cuba. Kalau rasa sesuai beli yang besar terus. Selalunya Elle beli packaging yang kecil ni untuk travel. Selamat bereksperimen dengan kulit anda. Dan kalau sudi jomlah share produk yang korang pakai kat sini. Kalau korang buat entry pasal pasal produk penjagaan pilihan korang, bolehlah letak URL di ruangan comment.

7 comments:

Anonymous said...

cik elle, teman pun tumbuh jerawat masa 18 tahun, dah 10 tahun ni tapi jerawat nampaknya begitu serasi dengan kulit teman. Sekarang guna sabun belerang je @ JF Sulfur. Kulit less oily, tapi jerawat tetap naik. Hantam ajalah

Alcaponco said...

benci kan. masa sekolah dulu bangga sangat takde jerawat, skrg ni hamek kau. tapi selalunya jerawat elle tumbuh time2 bulan mengambang jer aka nak period. tapi pakai lorealrevitalif ni dah kurang sket berminyak

intan Norafzan said...

Babe, aku zmn skolah pun jrg tumbuh jerawat. Kalau tumbuh pn sebab period ja. Aku sekarang pakai clara.mmg satu famly aku pki produk clara. Ok lah not bad.. Aku penah skali pki clinique tp mungkin xsesuai dgn kulit aku sbb dia slalu kering pastu gatai2 jd nya kulit aku.

Alcaponco said...

tu lah intan. kena try few products then tengok yang mana satu sesuai

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

skrg nih naik putih2 pe ntah kat kulit...eeiiiiii maluuuuu, dah mcm panau plak..menci..menci..siap gi pakar, lg pakar kata, just alahan kulit, xleh mkn seafood lg... putih2 tu dah x membiak lg, tp still xkurang lh...mennnnciiiiii...xtau nak pakai product apa lak..

Alcaponco said...

putih2 tu gatal2 x? kalau tu iols tak tau la produk apa yg sesuai, makcik. tapi mcm pernah kena rasanya sebelum. gatal2 kat muka tapi x pakai ubat apa pun, dia elok jer pastu.

puteri87 said...

Puteri pun dulu pakai fair and lovely...lama woo pakai 5-6 tahun camtu..huu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...