SPECIAL OFFER

Tuesday, April 12, 2011

Elle Seorang Technical Support





Elle terkenang pula zaman Elle jadi IT Specialist aka Technical Support ni. Sebab apa terkenang? Sebab baca entry CC ler nih. Sesiapa yang bekerja sebagai helpdesk/Technical Support/Customer service ni kalau tak cukup iman boleh gantung diri. Tak pun jerut jer leher tu dengan wayar telefon. 2 tahun lebih Elle bekerja sebagai Technical Support di salah sebuah multinational company di Penang ni. Nasib Elle baik sebab Elle kena layan staff company tu sahaja bukan orang luar. Tapi staff company tu worldwide ye adik-adik termasuk Israel.

[Mr Bun Nak jawab call jugak]

Kalau nak cerita pengalaman tu boleh karang buku. Kerja shift, 4 hari kerja 3 hari cuti. Tiap-tiap minggu rotate le. 4 hari keje tu bukan 8 atau 9 jam ye. 12 jam ye uols. Mau berkulat le kat ofis tu. Break 2 kali, sejam dan setengah jam. Tengoklah, kadang-kadang dapat lunch sejam, kadang-kadang dapat dinner sejam. shift dan breaktime dah ditentukan. Kau ikut jelah ye. Gaji memang boleh dapat banyak. Boleh sampai 3K kalau korang pekerja gigih yang rajin buat OT. Macam Elle pulak kaya dengan elaun. Elaun shift, elaun Trainer dan elaun Team Leader. Elaun jer dah beratus. sejak Elle dah banyak elaun tu, Elle dah kurang buat OT. Letih tak hengat. Masuk ofis jer dah tensen. Sebab per, hari-hari dikelilingin negative energy.

Kat call center ni, misi kita ialah menjawab call yang berduyun tiba tu sampai kosong. Maksudnya call waiting kena clean and clear. Tapi nak clean and clear hapernya kalau dah tersangkut dengan satu call sampai 4 jam? Elle pernah okay. Satu call tu ada 3 4 isu. Nama pun customer terpaksa la sopan santun. Padahal rasa nak gigit monitor jer. Lepas tu setiap hari dan minggu ada target call yang kena capai. Kalau Team Leader macam Elle, pepagi buta kena make sure semua orang dalam team Elle dah start jawab call. Yang takde tu, Elle kena call cari diorang. Yang MC, EL tu, Elle terpaksalah habiskan kredit fon call orang lain yang sudi cover slot orang yang takde tu. Lepas tu kena buat report dan hantar pada bos. Pastu attend meeting 10 minit (selalunya lebih dari tu) kena update Bos berapa orang atau kitorang panggil di sini headcount yang ada hari ni. Apa plan kitorang untuk make sure dapat capai target untuk hari ni.

Kadang-kadang tu bila dah terlalu banyak call, terpaksa la Elle jawab sambil buat report. Dan kadang-kadang ada la dua tiga orang budak-budak team Elle yang akan ping di chat untuk tanya cemana nak solve issue dari call yang diorang terima. Sebagai ketua yang baik, Elle pun jawab. Pastu ada lak Training Coordinator ping chat untuk tanya pasal training plan. Elle pun jawablah dengan baik. Selain dari Team Leader Elle juga paling senior dalam team tu, jadi banyak issue yang Elle dah pernah kena dan tau nak buat apa. Korang bayangkan semua benda yang Elle cakapkat atas tu, Elle kena buat at the same time. Sangat multitasking kan uols.

Jawab call + buat report + jawab soalan dari junior + jawab pasal training plan = mampuslah di situ.

Macam-macam karenah user (orang yang call) Elle dah layan dan dari macam-macam negara. Paling menyampah kalau dari Israel. Degil ya amat. Kalau ada yang baik tu memang dia appreciate kerja kita siap bagi perhargaan lagi email pada Bos. Yang ini I loike! Yang komplen-komplen tu I don't loike. Ada jugak User yang tak sempat kita nak greet dia terus maki hamun. Sabor je la. Kadang-kadang tu sedih sebab bila kita bagitau kita ni Technical Support, jawab call dari orang, orang lain akan pandang rendah kat kau macam kau ni bodoh dan low class sangat. Motif.

Korang ingat jadi Technical Support ni senang ke? Macam -macam skill ko kena belajar, macam-macam troubleshooting kau kena tau. Plus nak kena dengar lagi maki hamun orang. Plus lagi nak melayan karenah diorang yang degil. Dan macam Elle yang support worldwide ni, kau dengar lah slang-slang diorang yang korang boleh putih mata. Israel, Ireland, China (selalunya diorang tak pandai English jadi ada satu team Mandarin yang akan support diorang) ada yang kadang-kadang minta kita cakap Spanish. Por favor Senyor! Dan English kau kena bagus sebab ada mat saleh yang akan komplen English kau straight to your face. Kitorang di call center bukan bebal tapi kitorang cuma mengikut prosedur yang ditetapkan walaupun Elle rasa kadang-kadang tu memang menyusahkan User but there's a reason why.

Sebab tak tahan dengan tekanan melampaui batas itulah Elle tukar kerja. Tapi....
Elle suka dengan environment di call center tu. Kawan-kawan Elle yang mereng. Selalu ada birthday celebration. Saling tolong menolong. Walaupun ada yang tikam belakang kan. Tapi guys (and girls), if u read this, I really miss u all. Love to hang out with y'll but just can't find any suitable time. Maybe someday okay. Dah ramai yang mencari haluan masing-masing. Walaupun Elle suka dengan kerja sekarang sebab Elle boleh belajar macam-macam benda but memori di sana dulu still di hati. Jadi, tak kiralah apa sekali pun pekerjaan seseorang tu, janganlah kita sesekali pandang rendah dengan kerja dia. Even makcik cleaner tu pun korang patut berterima kasih tau. Nak harapkan korang jaga kebersihan tandas memang hampeh.

Elle: Pernah sekali tu mengigau "Thank you for calling the Service Desk. This is Elle speaking." tak pun "Please unplug the network cable". Dan pernah gak mimpi sampai berpeluh-peluh bila bangun. Mimpikan Elle tengah buat report dan target tak sampai pastu group performance teruk sangat. Motif kan sampai mimpi-mipi bagai. Sangat Nightmare!

4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksu pon rindukan opis lama...bab kengkwn mmg best..cuma enviroment kerja tu yg nyampah tahap nak bako jek...

Alcaponco said...

kita bakor je he.... kat tempat baru ni pun syukur sangat sebab member-member ofis baik2.

~iBu aQiL~ said...

paham dengan situation di call centre..tp nak wat camne kan..dah keje.. kadang2 tu dorang anggap technical support ni macam pencacai or operator telepon jek suka2 leh maki2.. sabor je lar... seb bek pikir tu customer kalau tak kita bako aje yea...haha... :p

puteri87 said...

dear..miss kwn2 kt intel...puteri rasa nak lari je dr tempat sekarang..huhu :( help me

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...