SPECIAL OFFER

Friday, April 15, 2011

Kalau Terlanggar Macam Mana?





Elle tak faham betul. Marah giler dan kecewa sangat. Apa perasaan korang bila korang tengah memandu denga berhemahnya tetiba datang satu motor yang dipandu oleh budak-budak yang tak masuk belasan tahun pun lagi? Rasanya darjah 4 ke 5 budak-budak ni. Confirm takde lesen, tak pakai helmet dan bawa motor macam pelesit. Kita pulak yang nak kena mengelak. Dah la tu, kadang-kadang Elle tengah undur kereta, tiba-tiba jer diorang datang merempit kat belakang. Nasib baik sempat brek. Kalau terlanggar macam mana? Mesti mak dia marah kita balik padahal terang-terang anak dia yang salah. Elle pun tak taulah. Mak bapak tak tau ke tak ambil kisah ke tapi yang pasti kalau aku terlanggar anak kau yang tengah merempit tu aku tinggalkan jer kat situ.


Rasa macam nak turun kereta pastu seret bebudak ni pergi jumpa mak bapak dia. Tadi Elle hampir-hampir terlanggar lagi. Padahal kereta Elle tu bergerak perlahan jer. Sebab Elle dah tau kawasan office Elle tu, bebudak naik motor tu akan muncul tetiba je macam jebon. Macam mana nak buat ni? Nak report polis? Ingat polis takde kes lain ke nak uruskan. Nak report mak bapak? Aku confirmnya mak bapak dia serang aku balik. "Anak saya baik orangnya. Seorang yang sopan santun dan rajin belajar." Rasa nak sepak jer. Kenapalah mak bapak sekarang tak nak beri perhatian kat anak-anak?: Ambil tau apa yang anak-anak buat? Dan paling Elle bengang sebab yang ramai macam ni ialah bangsa Elle sendiri.

Ni Elle nak tukar topik lain. Karang marah lak Elle tukar topik tak bagitau. Yelah tadi tengah citer pasal ayam, tiba-tiba jer masuk cerita pasal beruang kutub. Kadang-kadang tu bengang jugak ada sesetengah jiran ni, atau orang lain ni, pandai jer nak mengata kita yang bukan-bukan. Siap sindir menyindir lagi. Pastu sengaja kuatkan suara bila nak menyindir tu. Hello! Aku bawak lelaki masuk rumah jumpa mak bapak aku. Biar diorang kenal dengan siapa aku berkawan dan apa-apa hal diorang tahu siapa nak cari. Bukannya bawa lelaki masuk rumah tanpa mak bapak atau lari ikut lelaki keluar dari rumah. Padahal anak-anak sendiri pun tah macam haper.

Anak-anak tanggungjawab kita. Elle bukan nak mengajar macam mana nak jaga anak sebab Elle tak kawen lagi. Memang Elle akui Elle tak layak pun. Tapi tak salah kan beri pendapat. Walaupun Elle takde anak tapi Elle ada tanggungjawab sebagai kakak sulung yang perlu jaga dua orang adik. Mimin dah besar, boleh jaga diri. Danny baru 11 tahun. Parents Elle dah berumur. Adik-adik adalah tanggungjawab Elle especially Danny. Sebab tu Elle cuba mendidik Danny supaya bila Elle dah ada anak sendiri Elle boleh didik anak Elle pulak. Elle harap bila dah ada anak sendiri Elle takkan lupa memberi perhatian kepada anak-anak Elle.

Elle kadang-kadang kesian bila tengok makin ramai remaja dan even budak-budak sekolah rendah yang rosak. Elle pernah juga rasa terkongkong, selalu memberontak dan terikut dengan kawan-kawan. Tetapi ada parents dapat mendidik anak-anak mereka. Macam parents Elle. Hubungan yang rapat antara parents dan anak-anak akan dapat mengawal masalah remaja yang banyak berlaku sekarang. Tapi lebih menyedihkan bila ibu bapa yang sepatutnya menjadi pelindung sebaliknya merosakkan anak-anak sendiri. Especially yang merogol anak-anak sendiri. Sangat kejam. Serius Elle cakap, Elle lebih bencikan perogol dari pembunuh. Pembunuh akan tamatkan hidup seseorang tetapi perogol merosakkan hidup seseorang dan orang itu akan menderita sepanjang hidupnya. Patutnya potong jer anu tu letak dalam botol. Tak tau kenapa semakin ramai psychopath kat luar tu.

Hmm.... ntahlah. Berbalik kepada isu pertama yang Elle cakap di awal entry ni, yang pasti Elle berdoa sangat pada Allah Elle tak berlanggar dengan mana-mana budak kecik yang merempit ni. Just bayangkan, kita yang mengelak dari langgar diorang, kita pula yang dimaki. Salah siapa sebenarnya ni? Daripada kita mencari salah siapa, baik kita cari penyelesaiannya kan.

4 comments:

Ilhamny.com said...

ksu cukup menyampah kalau ada org cakap, 'saya rosak sebab family saya bercerai berai'..meh aku nak lepuk kepala meh... ksu pon kan dtg dr family yg bercerai berai..please2 la yg salahkan org lain kalau anda yg rosak, itu diri anda sndri... tapi betul tu, kalau kita amat2 rapat ngan family, mmg insyallah kita xkan terjebak ngan menda2 ngarut tu..yg penting apa kita wat parent kita tau...

Elle Elyssa said...

setuju. jgn salahkan keadaan sbb semua tu dugaan. yg penting family kita kenal kita dan tahu apa kita buat

nadia natasya said...

paham pahamh pahammm :DD
pastu kan bile drive jee kalau ape2 jadi sume nk salahkan pempuan jee
haih -.-

btw nice blog (:
hit me back :D

Elle Elyssa said...

benci kan. nadia, elle dah follow awak balik. thanks datang menjenguk sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...