SPECIAL OFFER

Friday, April 15, 2011

Naper Aku Meroyan Sangat Ni





Tajuk mengalahkan ibu mengandung kan. Motif meroyan? Bukan meroyan apa. Sejak-sejak berjumpa kembali dengan cebisan diri yang dah lama tertinggal ni, asyik nak buat benda tu jer sekarang ni. Cebisan diri yang Elle maksudkan ni hobi blogging dan membaca yang dah lama Elle tinggalkan. Zaman dolu-dolu nyer blogging jiwang, emo, entry pun banyak luahan rasa. Tak terasa nak share dengan orang pun. Kalau ko nak baca ko bacalah. Tak baca pun takpe. Sebab tu Elle buka blog ni untuk berkongsi dengan korang yang sudi membaca blog Elle ni.

Hobi membaca ni dipupuk sejak kecil lagi. Kalau dapat A je kat sekolah, dapat hadiah buku. Birthday jer, mesti dapat hadiah buku. Tak macam adik-adik Elle. Mimin birthday jer dapat Barbie, tak pun barang-barang Barbie. Daniel birthday jer dapat kereta mainan. Motif adik-adik, sorang dah besar jadi 'plastik', sorang lumba kereta.



Salah satu daripada hadiah birthday, Ada dua jilid. Ini yang pertama


Siap tulis kat dalam lagi. Motif kan nak cover nama. Hadiah Birthday yang ke 11 tahun.

Ini pun ada beberapa buku jer kat rak buku. Termasuk novel-novel yang Elle beli sebelum ni. Elle ada jugak buat review tentang novel yang Elle beli dan baca. Kalau korang tengok sidebar tu ada label nama novel. Klik situ untuk tau novel apa yang Elle dah review sini. Yang lain banyak lagi dalam kotak dalam stor. Banyak novel yang Elle beli masa sekolah dulu adalah hasil karya Ahadiat Akashah. Elle suka karya dan penulisan bahasanya yang sempoi. Termasuklah karyanya yang telah dijadikan filem iaitu Lagenda Budak Setan. Tebal novel tu dan masih elok lagi. Sayang sambungannya selepas itu Elle tak kumpul.

Masa Elle bersekolah dulu pun famous dengan novel siri 'Tingkatan 1 di Seri Melur'. Ada sampai tingkatan 5 rasanya dan juga tak lupa pada siri Yoyo favourite Elle. Novel tu ada 4 siri dan siri yang pertama dah hilang selepas Elle pinjamkan pada kawan-kawan kat sekolah. Dan Elle paling pantang kalau buku, novel atau majalah Elle dilipat ke belakang. Pantang okay. Jangan lipat-lipat buku sayew. (Tone annoying). Lepas tu Elle kumpul siri penyiasatan, siri Sweet Valley dan banyak lagi. Elle kumpul novel Bahasa Melayu dan English. Elle selalu pinjam buku di library. Selain darinovel-novel bergenre remaja, life, kisah-kisah nabi dan cinta ni, Elle minat sangat dengan cerita mitos, cerita lagenda dan kayangan. Cerita mitos ni termasuklah mitos Greek. Zeus, Hercules dan yang lain-lain. Even sampai sekarang pun Elle still minat lagi.

Kat kolej Elle baca novel-novel yang penulisannya lebih dewasa sikit. Takde sempoi-sempoi dah. Yang Elle masih ingat Elle pernah pinjam novel Ombak Rindu kat roomate Elle, Wiena. Pastu ada satu novel tu Elle tak ingat apa tajuknnya, jalan cerita pun macam Ombak Rindu. Dan Elle beli novel tu sebab heroin dia sama nama ngan Elle. Motif kan beli novel sebab nama heroin. Lepas tu agak bertahun jugalah Elle tak beli dan baca novel. Sampailah tahun lepas, Elle start beli novel dan baca. Dan sekarang ni keinginan nak beli buku dan baca makin kuat dan bersemangat. Thanks Mr Hall sebab selalu belikan novel untuk Elle. Mr Hall sangat memahami. Tetiba aku jiwang. Ngeee....

Antara novel yang Elle dah buat review.
Syahadah Gadis Ateis
The Good, The Bad and The Dumped
The Seven Secrets of Happiness
Little Black Book: I Take This Man
Fallen

5 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tringat dulu masa skolah rendah, ada buku siri penyiasatan kana2 nama pe ntah, quite glamour la gak zaman ksu, suma ksu baca.. macam adaptasi dari buku omputih..alfred hilcock kot..xbrp ingat namanya..

Alcaponco said...

lis rasa lis tau. tapi lis pun x ingat apa tajuk dia.

SiS NaD said...

SaLaM ZiaRaH DaRi SiS... DaTaNG TeRJaH DaRi BLoG aBG BeN... NaK KoTaKaN JaNJi TuK ZiaRaH RaKaN2 BLoGGeRS!~ (^_____^)V

JoM MeRiaHKaN DooNia BLoG MaLaYSia!~ (^_____^)V

P/S : SiS GiLeR BuKu... KaKi BuKu.. uLaT BuKu.. BeST PaT BaCeR BuKu... SiS SuKeR NoVeL2 iSLaMiK>.. (^_____^)V

Alcaponco said...

thanks datang sini sis. best kan membaca. bila pergi kedai buku rasa cam tenang dan best jer. Elle banyak kumpul buku-buku pasal kisah nabi dan Rasulullah SAW. Novel Syahadah Gaids Ateis yang Elle baca tu pun bagus jugak. Banyak dihuraikan soala-soalan yang kadang2 org bukan Islam selalu tanya.

nadia natasya said...

sy pun nk blog semula
busy meh -.-

www.natasyaeve.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...