SPECIAL OFFER

Wednesday, April 13, 2011

Movie: Easy A





Hari Elle rasa bosan then Elle pun download lah movie Easy A ni. Elle suka gak tengok teenage movie ni and one of my favourite is mean girl. Easy A ni cerita apa ye? Korang tahu kan macam mana zaman sekarang ni informasi tersebar macam virus and it's worldwide. Itulah yang terjadi dalam cerita ni bila rumours dan gosip tersebar sangat-sangat cepat dan rumours juga yang boleh buat korang famous atau jatuh gedebuk especially benda memalukan.

Easy A mengenai seorang gadis bernama Olive Panderghast (Emma Stone) yang asalnya seorang remaja yang bijak dan tiada sesiapa pun yang beri perhatian padanya. Bermula dengan rumour pertama, asalnya dia menipu pada best friendnya, Rhiannon (Alyson Michalka) yang dia dah hilang dara dengan seorang budak kolej. Olive menipu sebab rimas dengan Rhiannon yang asyik mendesak Olive untuk menceritakan apa yang berlaku pada hujung minggu yang lalu. Padahal, Olive menari-menari dengan anjingnya di rumah sambil mendengar lagu Pocketful of Sunshine.

[Pics from Wikipedia]

Tanpa disedari Marianne yang berada di dalam tandas yang sama terdengar. Marianne ni ekstrimis Kristian. Marianne menyebarkan berita tu dengan cepat. Keesokan harinya, semua orang memandang dan bercakap tentang Olive. Selepas itu, Olive bertemu dengan kawannya Brandon yang selalu dibuli kerana dirinya gay. Brandon memujuk Olive untuk  menipu dengan mengatakan mereka telah melakukan seks ketika berada di salah satu party di mana semua pelajar di sekolah itu hadir. Ketika itu jugalah Olive terserempak dengan Todd (Penn Badgley) yang mengingatkan Olive pada game Seven Minutes in Heaven di mana mereka sepatutnya bercium tetapi Todd meminta Olive supaya berbohong kononnya mereka bercium kerana dia tidak bersedia untuk first kiss lagi.

Selepas itu, seorang demi seorang datang meminta bantuan Olive untuk berbohong kononnya dia meniduri mereka. Dengan itu semua losers tu boleh dapatkan perempuan lain. Totally loser. Selepas bergaduh dengan besties Rhiannon dan digelar dirty skank, Olive mula berpakaian seksi dan menjahit huruf A pada setiap pakaiannya, diilhamkan dari buku novel yang mereka gunakan dalam pelajaran The Scarlett Letter. Hinggakan pada suatu hari Olive sanggup membantu guru kaunseling mereka Mrs Griffin yang mempunyai chlamydia dan menjalinkan hubungan sulit dengan kekasih Marianne, Micah. Micah yang panik ketika diberitahu doktor di hadapan ibunya mengatakan penyakit itu berjangkit dari Olive kerana tidak mahu kekasih gelapnya Mrs Griffin dibuang kerja. Kaunseling la sangat kan.

Olive terfikir mengapa ramai yang datang dan minta dia berbohong kononnya mereka melakukan hubungan seks dengan Olive tapi takde seorang pun yang pernah mengajak Olive keluar. Akhirnya Anson yang menjadi pujaan hati Rhiannon, mengajak Olive keluar untuk makan malam. Selepas makan malam, Anson mengeluarkan duit dan Olive bertanya apa yang harus dia bohong untuk Anson. Sebaliknya Anson mahu melakukan hubungan seks dan membayar Olive untuk itu. Olive menolak kerana dia hanya menerima bayaran untuk berbohong. Olive yang sedang menangis ditegur oleh Todd dan dihantar pulang. Apa tindakan Olive selepas itu? Korang beli ler DVD atau download dan tengok movie ni. Menarik gak movie ni.

Kalau nak tau ending cerita tu jugak, bacalah di Wikipedia. Lebih detail siap bagi ending lagi. Filem ni dapat 7.2/10 di IMDB. More info dan barisan pelakon boleh check di IMDB.

2 comments:

cujern said...

mcm best je muvie ni.

salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

MINTAK TOLONG KLIK KAT SINI

Alcaponco said...

kalau minat chick flick and teenagers' movie, bolehlah layan citer ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...