SPECIAL OFFER

Tuesday, May 24, 2011

Arghh... Tidak... Accident





Pagi ni hujan sangat lebat. Mula-mula lebat lepas tu dah surut sikit, beberapa minit kemudian makin lebat lagi. On the way nak ke ofis, jalan jam teruk. Tak tau apa jadi kat area perindustrian kat Bayan Lepas. Elle terpaksa ikut jalan jauh nak ke ofis. Dalam perjalanan tu, Elle nampak dua kemalangan. Kemalangan pertama membabitkan 3 atau 4 biji kereta(tak perasan sangat sebab fokus driving.) dan sebuah van yang dah rempuh divider. Macam biasalah orang Malaysia ni, asal kemalangan jer, slowkan kereta pastu tengok, baru jalan. Elle sempat jeling-jeling sikit. Elle beristighfar banyak-banyak.


Jalan depan lagi dekat area ofis, ada lagi satu kemalangan. Rasanya dua kereta kot sebab satu dah remuk di lorong kanan, satu lagi di lorong kiri. Istighfar lagi. Dah la hujan lebat, masing-masing berebut nak pergi pejabat, masing-masing bawa laju, masing-masing tak nak mengalah, hamek kau kan dah kemalangan. Cuaca macam ni la kena bertolak ansur dan pandu perlahan-lahan.

Elle baru balik dari lunch. Masa keluar tadi hujan lebat sangat-sangat. Lapar nyer pasal, terpaksa la jugak keluar cari makanan. Memang Elle bagi fokus 200% masa driving sebab tak nampak sangat jalan. Nampaknya macam akan hujan sepanjang hari jer. Harap-harap petang nanti dah tak hujan atau hujan pun tak lebat.

Tapi ada hikmahnya jugak hujan ni. Barulah sejuk sikit bumi yang sebelum ni panas terik. Tapi paling best kalau hujan lebat tapi tengah melingkar atas katil, bukan kat ofis.

[extract from google]

2 comments:

puteri87 said...

dgr cite smlm ada kejadian tembak menembak atas bridge..polis kejar dari batu feringgi..huhu..ptt jame gler ptg smlm..arini pun jame jgk..sigh

Elle Elyssa said...

yeke. mr hall ckp semalam masa dia balik nampak ada kereta kelisa terbalik. upside down. giler tul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...