Tweet
Kenal ke Kimora Lee Simmons? Kalau sesiapa yang rajin layan channel E! kat Astro mesti tau rancangan realiti Kimora: Life In A Fab Lane. Apa yang bestnya Kimora? Siapa Kimora ni? Elle ni salah seorang daripada peminat jenama Baby Phat dan juga rancangan realiti Kimora ni. Rancangan berkisar tentang kehidupan seharian Kimora. Macam mana dia handle keluarga, bisnes dan kerjayanya.
Kimora yang berasal dari St Louis, US dilahirkan dengan nama Kimora Lee Perkins. Kimora dibuli semasa zaman remajanya kerana dia adalah kacukan Japanese-Korean (ibu) dan African-American (ayah). Di US, orang yang ada kacukan ni selalunya jadi bahan jenaka orang. Tak macam kita kat Malaysia ni, lagi banyak kacukan lagi bangga. Bukan sahaja kerana kacukan, kerana ketinggiannya juga Kimora sering dipersenda dan dipanggil zirafah. Jahat kan budak-budak ni.
Kimora mula menjadi model dan banyak belajar dengan mentornya Karl Lagerfield semasa menjadi model untuk House of Chanel. Selepas itu Kimora berjumpa dengan Russell Simmons pemilik Phat Farm dan berkahwin. Selepas berkahwin mereka membuka satu lagi clothing line iaitu Baby Phat. Selepas Russell jual Phat Farm, Kimora dijadikan Creative Director of Baby Phat. Hasil perkahwinan mereka ini lahirlah Ming Lee dan Aoki Lee. Memandangkan perkahwinan mereka tidak kekal, mereka mengambil keputusan untuk berpisah tetapi masih baik hingga ke hari ini. Kimora pun dah berkahwin dengan pelakon terkenal Djimon Honsoun dan lahirlah Kenzo Lee yang comel tu. Geram tengok telatah Kenzo.
[Extract from google] |
Itulah serba sedikit tentang Kimora. Sebagai peminat Kimora, Elle sangat teruja masa Parkson di Gurney Plaza jual beg Baby Phat. Beg branded pertama yang Elle beli dengan duit gaji sendiri ialah beg Hobo Baby Phat. Sampai sekarang masih menjadi kesayangan. Loike!
Kalau nak tau dengan lebih lagi pasal Kimora bacalah kat Wikipedia. Elle suka cara Kimora berkomunikasi dengan anak-anaknya. Kalau anak-anaknya tanya something, dia akan explain biar anak dia faham. Budak-budak kan suka bertanya, jadi biar dia dapat information tu dari kita, bukan Internet atau kawan-kawan. Kebanyakannya Elle tengok, contohlah kan budak tu tanya,
"Mama, dari mana bayi datang?"
Bagilah jawapan yang logik. Contohnya, doktor bedah perut ibu pastu keluarlah bayi. Kalau detail sangat nak explain sampai masuk bab sperma ngan ovum tu pengsan lak budak-budak tu nak faham kan. Ada pulak yang cakap,"Apa tanya soalan macam ni? Pergi main jauh-jauh"
atau
"Bayi datang dari UFO"
Anak kau alien kah? Elle cuba ikut cara Kimora explain sesetengah perkara pada adik Elle, Danny, memandangkan Elle pun takde anak lagi kan. Budak-budak ni bijak sebenarnya. Bila kita explain something, dia akan kaitkan dengan benda yang dia tahu atau belajar. Tapi Elle tau ramai ibu-ibu di luar sana bijak dan tahu bagaimana nak jawab soalan anak-anak kan.
3 comments:
my peberetttttttttttt.. kalau episod ulangan pon layannnn jugak hehehe
Great info sharing... She's a fashion icon. Kagum dgn dia ni. Btw senang2, singgah blog i ye www.sitinorlina.com
She' very successful. Kagum dgn KLS ni. Survivor in fashion world. Senang2 drop by blog i ye www.sitinorlina.com
Post a Comment