Saturday, May 7, 2011
Happy Mother's Day Mamita!
Tweet
Sempena Mother's Day ni, semua nak bercerita tentang Mama masing-masing. Temasuklah Elle. Elle nak mulakan terima kasih Mama sebab sabar menjaga Elle dari kecil sampailah dah besar tua ni..... erm, tak tua mana pun sebenanya. Terima kasih kerana selalu ambil berat hal anak-anak, masak makanan yang sedap-sedap untuk kami sekeluarga, kemas rumah, basuh baju dan lain-lain untuk kitorang.
Mama Elle atau Mummy yang Elle sering mention dalam blog ni, korang panggil Aunty Roy je la k. Mummy dilahirkan di Padang Serai, Kedah dan dibesarkan bersama 7 orang adik beradik yang lain oleh Dadima (nenek Elle). Zaman kanak-kanak Mummy sangat seronok dan sangat jeles mendengarnya kerana Mummy dan adik-beradik bebas berlari berkejaran sampai ke ladang kelapa sawit manakala anak-anaknya duduk terperap di rumah menonton kartun, membaca buku dan bermain video game. Mummy benarkan kitorang keluar tapi ke rumah kawan-kawan. Still, dalam rumah. Sebab kawasan rumah Elle takde taman permainan kan. Sangat benci.
Selepas tamat persekolahan Mummy berhijrah ke Pulau Pinang dan bekerja di Robert Bosch (M) Sdn Bhd dan disitulah bertemu dengn jodohnya iaitu Daddy Cool. Selepas berkahwin Mummy menjadi surirumah sepenuh masa. Jangan fikir housewife macam Mummy tak payah gi ofis boleh bersenang lenang di rumah? Housewife lagi le takde off day. Anak Mummy sebanyak 3 orang iaitu Elle yang sulung, Mimin dan Danny. Walaupun sudah menjadi ibu kepada 3 orang anak, Mummy masih maintain vouge. Badan still molek dan tak gemuk. Apa rahsianya? It's in the gen baby! Genetik kitorang memang kecil-kecil sebab tu bila dah berumur pun still nampak muda.
Mummy betul-betul ambil berat tentang kitorang adik beradik dan ambil tahu dengan siapa kitorang berkawan. Maka dengan itu, kawan-kawan rapat Elle juga rapat dengan Mummy. Dan ada antara diorang lebih rindukan Mummy dari Elle. Rindukan masakan Mummy. Mana tak nyer, bila diorang datang sini, Mummy akan masak makanan yang sedap-sedap dan kadang-kadang kawan rapat Elle akan join pergi jalan-jalan sekali.
Mummy sukakan muzik jadi takde masalah Elle nak dengar muzik dan tiada soalan seperti,
"Lagu apa la yang hang dengaq tu?".
Malah kadang kala Mummy lebih tahu lagu-lagu latest berbanding Elle.
Walaupun kadang-kadang Elle berkecil hati, selisih faham dengan Mummy, kitorang akan berbaik kembali. Dan Elle sayang sangat kat Mummy. Kalau tengok muka kitorang rasa macam tengok cermin lak. Sempena Hari Ibu ni, Elle mewakili adik-adik, Mimin dan Danny nak ucapkan Happy Mother's Day and we love u muah muah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iklan Churpchurp
ANYTHING INTEREST YOU?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
2 comments:
mmm, yg bab gen tu yg jeles tu..knp la daku x ikut gen itu..huhuhu..
ya, my untie roy mmg vouge..dan yg best, walaupun vouge dia adalah pemasak yg hebat.. i miss that dalca soooo muchhhhh....
kak su, bab dalca tu akan disampaikan pada mama
Post a Comment