SPECIAL OFFER

Saturday, May 14, 2011

Hujan Lagi dan Bola

Sejak beberapa hari ni hujan turun lebat, macam pagi tadi. Elle sampai jer rumah, dah takde tempat nak parking sebab jiran Elle buat kenduri kesyukuran. Jadi terpaksa la parking jauh sket. Tak kisah sebab jiran buat kenduri dan kitorang pun dijemput. On the way balik rumah tadi memang saspen habis. Dah la hujan lebat giler, Elle drive slow sebab tak nampak jalan. Kereta yang buka lampu takpelah. Ini yang tak buka lampu, tetiba je muncul, tak ke eksiden nanti.

Pakai payung pun memang basah lencun jugak. Yang Elle jaga bukan diri (jaga sebenarnya, takkan nak ambil MC lagi) tapi beg laptop Elle. Laptop company, rosak nanti menjawab ler. Balik jer tukar baju pergi ke kenduri jiran tapi Alhamdulillah sebab masa nak pergi kenduri tu hujan dah reda. Dah la baru balik kerja, terus lunch makan nasi beryani. Aduh sedapnya! Kalau orang Penang yang familiar dengan catering Shabee tu korang tau la kesedapannya. Dengan teh tarik, air soya bean. Fuh! Kenyang. Thanks Pakcik Nasir dan Makcik Ida. Orang bisnes yang baik dan jiran Elle yang tak pernah sombong.


Balik jer dari rumah, Elle kemas bilik, cuci kipas angin yang dah berhabuk tu dan bermalasan di rumah sambil tengok TV. Sedap jer bermalasan, Mr Hall call ajak tengok bola. Dah jadi kebiasaan selalunya Elle akan pergi tengok bola dengan Mr Hall. Tak kisah le mamak ke Mc D janji pasang bola. Ini pun Elle tengah update entry ni kat kedai mamak. Kedai yang mana satu tu tak yah le korang tau.

Family di rumah confirm tengok AF. Elle dah lama tak tengok AF. Masa AF7 dulu pun jarang tengok. Sekarang ni lagilah. Tapi family Elle tetap peminat setia AF. Saspen juga tengok bola sekarang ni tapi jari jemari tetap menaip. Blogger sejati le katakan.

Tak sangka pula Elle ramai rupanya silent reader yang terdiri dari kawan-kawan Elle sendiri. Bila borak jer ngan diorang, ada yang cakap
"Aku hari tu tak tau nak makan kat mana. Aku bukalah blog kau."
"Aku kadang-kadang baca juga blog hang."
"Hang mai tau kenduri aku nanti, ambil gambar. Hang kan bloggers."
Begitulah lebih kurang ayat-ayat dari member Elle. Thanks kesayanganku sebab sudi buka blog ni. Walaupun tak follow atau komen, Elle still appreciate bila korang sudi singgah sini.

Haih bola ni. Mentang-mentang dah seri sekarang main passing bola je nak buang masa. Oh ya ini game Manchester United - Blackburn. Dah sekarang result 1-1, seri. Pakcik Fergie pun dah gembira. Elle pun dah nak balik ni. Korang buat apa jer hari sabtu ni? Apa plan Elle esok? Tunggu update ye kawan-kawan.

3 comments:

Khairil said...

minat dgn bola juga yer...hehehe

menusuk hati said...

Esok mungkin nak tengok wayang.nak ikut tak?Jom baca TAZKIRAH BLOGGER

Elle Elyssa said...

minat juga tengok bola dengan Mr Hall

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...