SPECIAL OFFER

Saturday, May 14, 2011

Blogger demam

Motif la Blogger ni demam di saat orang nak blogging. Masa idea tengah berduyun tiba, masa tu lah Blogger is not available. Motif? Motif? Tarik Nafas. Syukur alhamdulillah selepas beberapa siri panas terik yang membuatkan Elle selalu berpeluh tiap kali keluar lunch dan driving, hujan yang sangat lebat turun membasahi bumi. Kat area selatan ramai orang bising sebab jerebu. Kat Penang ni hamek kau hujan lebat tak hengat.

Kalau tengah berlingkar atas katil dengan selimut bersama teddy bear takpe jugak. Dalam kesejukan hujan dan kesejukan ofis yang dah macam peti ais ni, sebagai pekerja yang gigih, Elle terus bekerja. Dalam hati berkata, "Habislah aku nak keluar lunch nanti. Mesti basah kuyup."

Elok juga hujan. Sejuk sikit bumi. Kalau tak panas terik. Sesekali hujan sedap jugak. Dan lebih sedap kalau kat rumah. Itu jerlah entry Elle kali ni. Jap gi ada kenduri doa selamat di rumah jiran Elle. Esok ada kenduri kawen member ofis Puss. Dua hari makan free. Cakap pasal makan jer kan dah lapar. Elle nak blogwalking nih. Apa plan korang hujung minggu ni?

2 comments:

fiza said...

tempat Mel best la sejuk, tapi tmpt Fiza panas jer. Hujan ker, panas ker xde bezanya pun..huhuhu

Elyssa said...

tulah. lubang aircond ni sebelah je. tu yg selalu feeling2 di kutub utara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...