SPECIAL OFFER

Sunday, May 1, 2011

Naper Elle dah lama tak blogging?



Dah lama tak blogging. Kenapa? Elle tak sihat. Siri sakit perut yang menyerang makin teruk. Segan jugak asyik ambil MC dan half day sebab tak tahan sakit perut. Muka pun selalu pucat macam zombie. Sakit perut Elle ni bukannya sakit perut setakat memulas tapi dah masuk tahap pedih-pedih. Lambat makan sikit dah rasa pedih. Elle selalu risau dan Mr Hall pun dah bising suruh Elle jumpa doktor. Elle dah jumpa doktor sebelum ni tapi sakit tak berkurang. Kali ni doktor bagi ubat yang lebih kuat dan lebih mahal. Hamek kau!

Ubat ni sebiji RM5 dan Elle kena ambil berterusan dalam masa 6 minggu untuk nuetralkan asid dalam perut ni. Kalau tak dapat gastrik le jawabnya. Banyak makanan yang Elle tak boleh makan sampai perut Elle sembuh. Pedas-pedas yang jadi kegemaran Elle dah tak boleh makan. Tsk! Sedihnya. Itulah yang buka selera. Sekarang ni Mr Hall sangat strict dalam bab pemakanan Elle. Dia akan jaga pemakanan Elle dan kalau makanan yang Elle tak boleh makan tapi Elle curi makan memang nak kena marah dengan Mr Hall le jawabnya. Tapi memandangkan keadaan Elle sekarang ni memang Elle akan jaga pemakanan Elle.

Asyik terperap kat rumah jer. Bosan betul. Korang cuti panjang ni pergi mana?

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dah gi spital..??takut appendix jek, mcm miza aritu..

Elyssa said...

g klinik jer. doktor cakap asid byk dalam perut sbb lambat mkn and sometimes makanan tak hadam dgn elok. skrg dah dpt ubat kuat sket tapi kalaiu teruk lg pasni g spital lak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...