Tweet
Perhimpunan belia kat Putrajaya dah lepas. Kalau Ell kat KL, dah lama Ell pergi ke Putrajaya dan join. Tapi jauh kat sini kan. Jadi reunion apa pulak? Haaa... ni reunion sedara mara di rumah nenek Ell yang kitorang panggil Dadima. Family dari KL pun balik ke sini. Maklumlah cuti sekolah kan. Ramai jugak Ell tengok orang luar datang bercuti kat Penang ni.
Jadi bila sedara mara bekumpul ni, takdelah apa-apa aktiviti macam lompat kijang ke, lari dalam guni ke ataupun apa-apa aktiviti macam di atas melainkan bersembang jer atau lebih kepada bergosip dan sesi usik mengusik. Mangsa usikan ialah Ell. Motif Ell diusik pasal kawen. Memang lumrah, sedara mara Ell ni memang kuat mengusik. Tabah je lah sambil menyanyi lagu, "Ikan di laut, asam di darat". Tetiba kan?
Dah penat bersembang, bergebang dan bergosip, sampailah ke acara yang ditunggu iaitu acara makan. Wah! Exicted sangat. Tambah exicted sangat bila chef yang masak tu makcik Ell yang balik dari KL. Menunya ialah Mee Udang. Macam biasa kalau Cici Ina (Makcik Ina) masak, memang superb. Itu belum nescafe yang dia bancuh lagi, memang menikam kalbu. Siapa yang pernah rasa masakan Cici Ina ni taulah cemana marvelousnya masakannya. Seronok sangat hari ni sebab banyak family berkumpul, dapat jumpa Dadima dan dapat jumpa anak-anak sedara.
[Sebelum diserang oleh kaum kerabat.] |
No comments:
Post a Comment