SPECIAL OFFER

Thursday, June 16, 2011

KL Part 7 - The Best Part with D'Adza






Baca KL Part 1.
Baca KL Part 6.

Pukul 11 malam, kitorang satu family balik ke Hotel Concorde sebab ada date....... dengan couzie mouzie kitorang D'Adza. Warghhh! Dalam adik beradik D'Adza ni kitorang selalu jumpa dengan Kak Ida aka Mak Dara jer. Yang lain dah lama tak jumpa. Ell dengan Kak Rina kira balik, hampir 13 tahun tak jumpa. Last jumpa masa kenduri Kahwin Kak Ida dan Abang Martias. Kak Ida pun dah anak 4, Haiqal aka Maggiboy pun dah besar. Barulah kitorang puas jumpa kat hotel masa tu. Rindu sangat-sangat. Dan thanks banyak-banyak kepada Facebook sebab merapatkan kembali Ell dengan sedara mara dan kawan-kawan yang dah lama terpisah. Rindu seh!


D'Adza adalah sebuah kumpulan penyanyi dan pemuzik yang banyak membuat persembahan di sekitar hotel-hotel di KL ni. D'Adza terdiri daripada Iyanie, Tuty dan Rina yang menjadi frontline vocalist, Amri untuk Lead Guitar dan vocal dan juga Tengku yang bermain keyboard dan juga vocalist. Band D'Adza ni dah lama ditubuhkan tapi Ell tak ingat dari tahun berapa. Di samping itu D'Adza juga dikomersialkan di bawah naungan apek Saiful. Kumpulan D'Adza ini pula terdiri daripada Iyanie, Tuty, Rina dan juga Ida aka Mak Dara. Diorang pernah muncul dengan Apek Saiful dalam telefilem OK. Iyanie juga pernah buat album sebelum Band D'Adza ditubuhkan tapi mungkin rezeki Iyanie aka Kak Yan ni lebih kepada Band D'Adza. Kak Tuty pun dulunya satu kumpulan dengan Diana Rafar iaitu G.I.M(Girls In Music). Kumpulan tu pun dah bawa haluan masing-masing.

Adik beradik Adza ni antara sedara Ell yang Ell sayang dan rapat. Bapa diorang Adenan Arshad ialah sepupu kepada mak Ell yang membuatkan kitorang ni dua pupu. Ell pun rapat dengan Nenek diorang yang Ell panggil Tok Mami. Itulah kakak kepada nenek Ell yang masih hidup dan hubungan diorang dua beradik sangat rapat.

Nama Adza tu diambil sempena gabungan nama bapa diorang, Adenan dan ibu, Zaleha. Jadilah Adza, di mana semua nama diorang dan anak-anak bermula dengan Adza. Mummy puji diorang sebab tak sombong dan sangat baik dengan kitorang. Kembang kempis korang kena puji kan.


[gambar-gambar ni hak milik D'Adza]


Berbalik pada date dengan D'Adza tu, sekarang ni D'Adza ada kontrak dengan Hotel Concorde Shah Alam sampai bulan Julai. Kalau korang nak tengok, bolehlah ke sana. Diorang akan perform dari pukul 9 malam hingga 12.45 malam. Memang enjoy. Kitorang satu family lepak di Crossroad untuk tengok diorang perform. Masa baru sampai di Crossroad tu, kitorang dengan penuh perasaan berpelukan sebab 2 hari lepas dapat berlambaian tangan dari jauh jer. Ell puas dapat tengok diorang perform dan dapat dengar lagu yang Ell request pada Kak Rina, One In A Million by Ne-yo.

Tiba-tiba D'Adza start menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Mimin. Rupa-rupanya Daddy bagitau Kak Rina sebelum diorang perform yang hari ni (6 June 2011) birthday Mimin. Mimin pun ditarik ke pentas dan diraikan oleh diorang. Thanks banyak-banyak my lovely sisters. Habislah Ell dengan Mimin ditarik untuk menari sampai 3 kali. Korang jangan jeles. Dah lama tak menari ni rasa janggal pulak. Hehe...

Bila diorang break, Ell dan Mimin cepat-cepat culik tiga-tiga beradik ni bergambar dalam toilet. Bak kata Mimin, "Pun boleh." Kitorang stay sampailah habis performance. Untungnya malam ni ibu diorang yang Ell panggil Mak Tam ada bersama menonton diorang. Adik diorang Edie pun datang menonton sekali. Habis performance, kitorang berbual dan bergambar lagi. Bukan senang nak jumpa sedara mara sebab masing-masing sibuk. Dalam 4 hari bercuti ni, malam ni adalah the best part dalam percutian kali ni. InsyaAllah kita jumpa lagi ye kakak-kakak ku sayang. Ada sorang kakak tak jumpa malam tu. Ell pun terlupa nak bagitau sebab ingatkan dia busy. Takpe Kak Ida, kita selalu jumpa dan ada rezeki nanti kita jumpa lagi okay. Jumpa secara virtuallah buat masa sekarang ni okay.

Just My Thoughts: Lupa lak nak minta Kak Rina nyanyi lagu Poker Face. Suka tengok Kak Rina nyanyi lagu ni dalam YouTube.


Jon Facebook Group D'Adza.
Wikipedia pun ada okay.
Blog D'Adza pun ada. 
Ini pula blog D'Adza Sisters.

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ha, yg nih mmg daku jeles hokey...

Elyssa said...

pi lah tengok depa kak su. blh bawa anak2 lepak kat lounge tu skali. malam tu mak tam ngan anak2 kak yan pun ada. kalau nak pi contact depa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...