SPECIAL OFFER

Friday, June 17, 2011

Aeroline - Kapal Terbang di Darat






Ada sesiapa pernah naik Bas Express Aeroline? Adik Ell, Mimin selalu naik bas ni bila berulang alik Penang ke Cyber atau sebaliknya. Selalunya turun kat Sunway Piramid tapi untuk menyenangkan lagi, Mimin turun di Hotel Corus jadi tak perlu minta tolong orang hantarkan balik. Guna tren jer balik Cyberia. Ell selalu dengar cerita Mimin pasal bas ni dan pernah tergerak hati juga nak cuba.

Jadi, pada suatu hari, tibalah masanya untuk Ell ke KL sendiri jadi Ell memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas Aeroline ni. Tiket boleh dibeli di kaunter bas Aeroline atau secara online menggunakan kad kredit. Kalau korang kat Penang, kaunter bas Aeroline ni ada di Queensbay Mall.


1 fact about me is, Ell ni mabuk darat. Bukannya berjalan di atas darat ni sambil mabuk. Ell kalau naik bas selalu pening. Dan selalunya akan rasa loya bila makan apa-apa semasa bas berjalan. Itulah yang Ell terpaksa lalui semasa berulang alik ke tempat study dulu. So, gambar-gambar yang Ell tepek sini semuanya gambar dari google.

Bas Ell ke KL ialah pukul 8.30 pagi. Bas ni akan berhenti di Hotel Corus berdekatan KLCC. Bas Aeroline ni dua tingkat. Semua penumpang duduk di tingkat atas. Tingkat bawah untuk members saja. Apa yang membuatkan korang rasa macam di dalam kapal terbang ialah bas Aeroline ni ada 'pramugari/pramugara'.  Diorang akan serve korang dan kalau ada apa-apa masalah dia akan membantu. Mula-mula sekali bila bas dah mula bergerak, 'Steward' yang bertugas dalam bas ni bagi kitorang headphone sorang satu. Buat apa? Kat depan sekali ada TV LCD yang memaparkan filem dari DVD yang diorang pasang. Diorang pasang Green Zone yang Ell dah tengok dan kurang menarik minat. Mimin cakap, ada bas yang dia naik, setiap belakang tempat duduk ada skrin kecil untuk tengok movie.

Memandangkan movie tak menarik minat Ell, kepala dah start pening, Ell pun lelapkan mata. Ell buka jer mata, nampak Steward ni tengah bawa selimut dan dia berikan Ell selimut memandang Ell ni dah nampak muka tak semenggah nak tido sebab pening. Tak lama lepas tu, Steward ni datang lagi edarkan breakfast pada kitorang. Ell tau ada meja dalam bas ni tapi tak tau kat mana letaknya. Tau pun sebab Mimin yang bagitau. Bila sampai giliran Ell, Steward ni tolong bukakan meja yang tersimpan di dalam ruang tempat letak tanga. Owh, situ rupanya. Jakun sungguh. Breakfast yang kitorang dapat ialah sandwich with chicken ham bersama butter. Sedap, tapi memandangkan Ell ni mabuk darat dan dah start pening-pening, Ell tak dapat habiskan sandwich ni. Lepas jamah sikit sebab tak nak perut kosong, Steward datang kutip balik bekas makanan dan ambil order untuk minuman. Coffee, tea or milo. Your choice dan semuanya hot. Ell pilih tea sebab kang minum milo ada yang terkeluar balik.

Lepas sehirup dua, Ell terlelap. Maybe sebab sedap berselimut dan aircond. Mimin cakap kalau kita dah memang tertido Steward akan selimutkan kita. Wah, cam dalam flight sangat kan. Bila dah sampai Selangor, Steward datang kutip bekas minuman kitorang. Sebelum sampai KL, Steward ni kutip headphones dan selimut pula. Kesian tengok dia terhuyung hayang sebab bas ni.

Sampai jer di Hotel Corus, Ell terus turun dan menuju ke KLCC, di mana adik kesayangan Ell ni, bila kakak dia cakap,
"Aku sampai pukul 1."
Dia dengan selamba deknyer, baru keluar dari Cyberjaya pukul 1. Takpe, Ell tunggu jer depan Isetan tu. Nasib baik dapat duduk di kerusi depan Isetan. Nak berjalan di KLCC, takde mood sebab lapar dan beg berat.

Itulah perjalanan Ell dari Penang ke KL. Cemana lak kitorang balik ke Cyberia? Kitorang naik Putra LRT dari stesyen KLCC ke KL Sentral(RM1.60). Dari KL Sentral, kitorang naik KLIA Transit ke Putrajaya Sentral (RM9.50). Then naik teksi balik ke Cyberia (RM13). Macam ni ler Mimin balik sorang-sorang dengan beg berat dia setiap kali balik ke Cyber dari Penang.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang Bas Ekspress Aeroline silalah ke website ni. Create akaun dan korang boleh beli online melalui kad kredit.
Info tentang Putra LRT dan KLIA Transit.




All pics extract from Google.

7 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sama..ksu pun mabuk gak..baik naik bas atau tren atau flight..kena spare minyak kapak siap2.. byk kali dah muntah dlm bas..huhuhu.. lg satu pantang jgn membaca dlm kenderaan bergerak.. sure pastu pening dah...

ZIPPO MILLER said...

ehhh ni sebijik dalam drama kat astro tu..dania exprs ke hahah...

Zippo menjemput anda ke sagmen Zippo...meh la join meh la heheh

http://zippomiller.blogspot.com/2011/06/buletin-story-on-sagmen-blog-walking.html

Balqis Nazid said...

pernah naik memang best...
so far alhamdulillah tak pernah mabuk..boleh membaca dengan tenang lagi..
Cuma kalau dalam flight pening kepala bila baca..

Tapi bas ni memang selesa sangat...

Elyssa said...

a'ah lebih kurang cam dania ekspress tu la zippo.

kak su, adeq pun sama gak camtu. naik aeroline kadang-kadang dia bagi nasi ayam atau bihun goreng.

ANISRAHIM said...

wah. sgt special erk ;)

Elyssa said...

a'ah PG. Ell memang puas hati

aLieF si Muncung ManiS said...

sama la kita...saya pun mabuk dalam bas juga..sbb tu jarang sekali naik bas..huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...