SPECIAL OFFER

Monday, September 12, 2011

Happy Birthday September

Happy Birthday to me! Yeay! Umur aku dah makin meningkat tapi lom tua pun lagi. Kalau tengok muka masih muda remaja. Kannnnn...... (suara annoying Mimin). Kalau kecik-kecik dulu tak sabar ni tunggu birthday. nanti dapat kek dan hadiah. Boleh request makan tempat-tempat special. Maklumlah, special day katanya. Tapi bila umur dah meningkat ni tak kisah pun sangat. Sejak study dulu pun jarang birthday disambut
meriah. Setakat sambut dengan tersayang masa tu ler. Sebabnya, birthday aku ni selalu time nak exam. Jadi orang sibuk study dan takdelah yang sibuk mencari aku nak lempar dalam swimming pool. Acara rasmi tiap kali birthday. Motif kan.



Yang rajin wish pun member rapat dan housemates aku. Pernah gak la ditepung dan ditabur glitter oleh housemates aku dulu tapi tak teruk la sangat. Habis aku sapu balik tepung dengan glitter kat diorang. Last year Mr Hall buat suprise kat aku. Memandangkan birthday aku tahun lepas sehari sebelum raya, waktu berbuka tu la Mr Hall buat suprise celebrate birthday aku di Jemputree bersama Mimin, Fiza dan Acap. Thanks korang. Fiza dan Acap datang bawak kek. Memang tak suspect apa-apa ler masa tu. Thanks sayang.

Tahun ni sebab kesengkekan selepas balik beraya serta menjadi Santa Claus dan Santarina, kitorang keluar makan jer. Aku pun tak expect apa-apa sambutan. Cukuplah dapat sambut dengan tersayang pun aku dah happy sangat. Well, he has his own way to celebrate my birthday. Macam biasa, Mr Hall jadi orang pertama yang wish dan SMS dari parents dan member-member tersayang pun masuk dalam fon. Esoknya buka FB penuhlah wall dengan ucapan Happy Birthday! Ada jugak gunanya FB ni sebab kat sidebar akan keluar siapa yang sambut birthday. So, aku personally reply satu persatu komen yang dihantar. Sayang korang semua. Bagi aku hadiah atau sambutan hari jadi tu tak penting. Yang penting orang ingat dan wish kau Happy Birthday. Kepada yang tak wish tu aku assume dia terlupa sebab aku pun tak dapat ingat semua birthday orang. Sebolehnya aku tak nak miss wish kat member-member especially dalam VIP list aku. Siapa dalam VIP list? Biar aku sorang je yang tau. Hadiah birthday? Aku dah dapat sejak 2 tahun lalu iaitu Mr Hall. Hadiah paling bermakna dalam hidup aku. Patutkah aku gantung reben pada Mr Hall. Mesti nampak comel kan. Hadiah seumur hidup ialah family aku. Memang takde expiry date.

Kepada sesiapa saja yang lahir pada bulan September, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir. Semoga diberkati Allah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kepada aku dan September babies, bersyukurlah pada Allah kerana September 2011 ni kita masih hidup untuk menyambut hari kelahiran kita sendiri.


Alhamdulillah!

[Images extract from google]

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

epy besday 2 u and hidop virgo....

Elyssa said...

thanks kak su. happy belated birthday to u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...