SPECIAL OFFER

Monday, September 12, 2011

Movie: The Ugly Truth

Hari tu aku melepak sambil membelek senarai movie yang ada dalam laptop ni tapi tak pernah tengok lagi. Tiba-tiba teringat Mr Hall cakap movie The Ugly Truth ni best. So since aku pun dalam mood romantic comedy, aku pun layan ler movie ni. What is cliche, a guy met a lady, arguing and hate each other, realize they have feeling for each other and get together in the end. Jalan cerita yang biasa dalam romantic comedy.
Either permulaan cerita tu gaduh tahap benci sesama sendiri ataupun kawan baik yang takde apa-apa perasaan, katanya.


[Image ffrom Wikipedia]



The Ugly Truth mengisahkan Abby (Katherine Heigl) seorang producer rancangan yang ratingnya semakin menurun. Abby seorang yang tegas dan control freak. Bayangkan pergi dating macam pergi interview. Dia selidik semua pasal lelaki tu including ada insurans ke tak. Bila dua-dua terdiam tak tau nak proceed, Abby boleh lak keluarkan senarai topik yang diorang boleh bualkan kalau situasi macam ni terjadi. Ngeri okay!
Walaupun aku ni perempuan tetap ngeri bagi aku. Kerana perangai dia macam tu hiduplah dia keseorangan dengan kucing kesayangannya.  Malam tu pulak dia menonton rancangan The Ugly Truth yang membincangkan apa sebenarnya yang lelaki mahukan dari wanita. Rancangan ni dikendalikan oleh Mike
Chadway (Gerard Butler). Tak bersetuju dengan pendapat Mike, Abby terus menelefon Mike dan argue dengan Mike. Kata Abby masih ada lagi lelaki romantik yang Abby berikan satu senarai yang panjang pada Mike. Tapi still kena kutuk.

Selepas itu, Abby terkejut kerana penerbit telah mengambil Mike untuk muncul dalam rancangan mereka. Masih lagi argue tentang lelaki idaman Abby yang Abby sebenarnya telah jumpa, Mike mencabar Abby untuk ikut caranya. Jika Abby setuju, peluang untuk mendapatkan jejaka idamannya, Colin itu lebih luas. Setelah bersetuju dengan Mike walaupun masih was-was, Abby mengikut tunjuk ajar Mike dan menjadi gadis yang Colin atau lelaki lain mahukan. Hubungan mereka berjalan lancar sehinggalah pada minggu yang Abby dan Colin sepatutnya bermalam bersama terpaksa dibatalkan kerana Abby terpaksa pergi ke LA untuk memujuk Mike terus bersama rancangan mereka. Abby terpaksa berbuat begitu kerana Mike telah menerima tawaran dari syarikat siaran TV yang lain. Semasa di hotel, selepas mereka minum dan menari, tiba-tiba berlaku sesuatu di lif.

Kejadian itu menyedarkan mereka bahawa mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap satu sama lain. Ending cerita ni as usual mereka akan bersama. Tapi macam mana mereka boleh bersama dan macam mana pula dengan Colin Mr Perfect Abby tu korang kenalah tengok cerita ni. Cerita ni best tapi ada mesej yang disampaikan dalam cerita. Aku pernah terfikir tentang hal ni dan menjadi salah satu quote yang aku suka.

Kita sering mengejar sesuatu atau seseorang yang kita mahu tetapi kita lupa kita sebenarnya lebih bahagia dengan seseorang yang kita perlukan. I believe in this. Prince Charming is bullshit. There's no lelaki idaman dengan checklist yang panjang. I'm not looking for Mr Perfect. I'm looking for someone imperfect just as me, so we be perfect for each other. Aku, zaman muda remaja dulu pun ada jugak senarai jejaka idaman. Siap tukar-tukar senarai lagi macam mana yang aku nak dengan member aku. Tak salah kita buat senarai sebab bila kita dah matang, kita akan belajar menerima seseorang itu seadanya. Macam mana kita nak orang tu terima kita, macam itu jugalah kita kena buat. Cuba bayangkan kau dah separuh mati cintan dengan lelaki tu tiba-tiba kena reject sebab kau tak memenuhi checklist gadis idaman lelaki tu. Sedih tak?

Tak bermakna gak kau tak boleh ada senarai basic macam lelaki yang matang, beriman, semua tu basic yang kita selalu cari. Checklist yang aku maksudkan ni macam checklist yang Abby buat. Antaranya lelaki ni floss gigi, bawa dia ke piknik yang romantik, hensem, berkerjaya tinggi, erm... apa tah lagi. Aku terlupa. In the end dia tak bahagia jugak dengan lelaki yang dia nak.

Once aku start bercinta, aku terima lelaki tu seadanya. Aku tak minta dia pampered aku dengan duit, kereta, barang-barang mewah, and so goes senarai lelaki romantik yang panjang. Aku tak pernah nak ubah cara atau diri dia. Aku bersyukur Mr Hall terima aku seadanya. Dia tak mengubah aku jadi orang lain tapi dia bantu aku untuk jadi the better me. Masih diri aku cuma better dari pelbagai segi. Sama jugak dengan apa-apa barang sekali pun yang ko nak beli. Kemahuan ke keperluan? Think again and watch this movie.

Lebih lanjut pasal movie ni korang boleh baca di IMDB dan Wikipedia.

4 comments:

suria lekatlekit said...

movie ni tgk dengan en hubby kat GSC the curve memang not bad ceritanya

Elyssa said...

aku tak sempat tengok kat wayang hari tu. itu yg tgk dlm laptop je. bestnya tgk bersama hubby. thanks sudi singgah sini

Anonymous said...

tak tgk lagi la...

Elyssa said...

nanti free cari ler DVD atau download jer. something good for your relationship

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...