SPECIAL OFFER

Tuesday, October 4, 2011

Membawa Diri dari KL Sentral ke LCCT

Siapalah ye yang membawa diri tu. Yang pasti bukan aku. Rasanya maybe ramai yang dah tau tapi untuk dan orang yang tak pernah travel dari KL Sentral ke LCCT tu tak tahu pasal benda penting ni. Yang membawa diri tu sebenarnya member aku Peoih. Ofis aku ni setiap Jumaat ada happy hour tapi takde ye beer satu jug free ke apa. Ini just happy hour makan-makan. Makanan disediakan oleh company aku. Lebih kurang nak bagi semua pekerja bergaul sesama sendiri. Diorang pun tau, hari Jumaat semua dah takde mood nak buat kerja pun.



Maka selepas melantak, aku dah Peoih segera melarikan diri dari ofis sebab nak kejar KLIA Transit takut terlepas. Sebabnya, aku dah ada tiket dan naik lrt pun pakai touch n go. Peoih pula nak kena beli tiket dan tau je la kan, beratur mesti panjang. Itulah sebabnya kitorang keluar awal. Sampai KL Sentral pun pukul 6 petang. Padahal pukul 6 petang ler aku baru keluar dari ofis nak pergi KL Sentral. Sambil berborak dan bergurau senda, kitorang pun selamat menaiki KLIA Transit. Destinasi aku dan Peoih pun berbeza. Oh ya! Peoih nak naik flight ke Penang dan untuk mengelakkan jem, Peoih ikut aku menaiki KLIA Transit untuk ke LCCT. Kitorang berpisah di destinasi aku dan KLIA Transit pun meneruskan perjalanan. Malamnya, aku terima message dari Peoih, ada hot story katanya. Aku pun tunggulah dia nak cerita. Sampai ke hari ni barulah aku tau hot story tu.

Rupa-rupanya, kalau korang nak ke LCCT dari KL Sentral, korang kena beli tiket shuttle bas di kaunter KLIA Transit di KL Sentral tu. Jadi, in stead of bagitau Salak Tinggi, korang bagitau LCCT masa beli tiket di kaunter KLIA Transit. Berbalik ke kisah si Peoih tadi, dia dah panik bila dengar pengumuman tentang tiket shuttle bas ke LCCT. Nasib baiklah, Peoih ni peramah, jadi dia tanya tentang tiket shuttle tu pada akak yang duduk di sebelahnya. Nasib baik, akak tu offer untuk hantar Peoih ke LCCT. Syukur alhamdulillah.

Maka dengan ini, aku harap sesiapa yang tahu pasal tiket shuttle bas atau pernah ada pengalaman ke LCCT dari KL Sentral menaiki KLIA Transit, sharelah info dengan kitorang. So, kalau aku atau sesiapa nak ke LCCT, sekurang-kurangnya tahu apa yang perlu dibuat. Aku pun nak tau jugak, adakah tiket KLIA Transit dan shuttle bas tu berasingan atau cuma guna satu tiket jer. Aku tau kalau ada yang malas nak bagitau tu akan suruh je tanya kat kaunter KLIA Transit tapi kepada yang sudi berkongsi sila post di comment box ye.

Ini info yang aku dapat dari laman web KLIA Express. Nampaknya aku dan Peoih tak sedar info ni.


Ticketing Information

Tickets are available at the KLIA Transit counter at KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya and LCCT Domestic Arrival Hall ticketing counters. Shuttle bus from LCCT departs from Shuttle Service Bay (opposite Domestic Arrival). 


Membawa maksud, tiket shuttle bus tu tak dijual di Salak Selatan ye.


'KLIA Transit to LCCT' Fares




Sebab itu,

Experience is the best teacher. 

Kalau tak kerana pengalaman Peoih ni, aku takkan tau pun pasal ni.

2 comments:

Cik Sara said...

info yang berguna..
ada beli sekali dengan tiket flight air asia ari tu.. tapi esok baru nak try.. mudah-mudahan tiada kesulitan.. huhuhu..1st time nak g LCCT dari KL Sentral..

Elyssa said...

Baru check komen Sara ni. Harap perjalanan Sara smooth je takde masalah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...