SPECIAL OFFER

Friday, September 23, 2011

Ada Apa Dengan Pengangkutan Awam?


Pengangkutan awam berubah-ubah mengikut zaman. Teksi, bas, tren dan lepas ni entah apalah pulak. Bila aku teringatkan pengangkutan awam yang aku naik masa sekolah dulu aku tersenyum sendiri. Kenangan tu hanya dapat dikongsi oleh aku dan kawan-kawan aku saat kitorang balik sekolah guna pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang pertama aku naik dulu ialah.....

Yang comel dan kecil, Bas Mini.
Aku ingat lagi first time aku naik bas mini. Sekolah aku dan rumah jauh jadi aku berulang alik naik bas sekolah. Biasalah selalunya nanti ada aktiviti petang atau kelas tambahan yang membuatkan kitorang tak dapat naik bas sekolah. Aku ni jenis jarang keluar rumah tanpa family jadi aku pun ikut jer kawan-kawan aku. Dari ke sekolah aku perlu naik bas biasa ke Komtar. Di Komtar, aku perlu menaiki bas mini yang lalu depan rumah aku je. Sangat convenience.



Masa tu tambang cuma 50 sen kalau tak silap aku. (Betulkan aku ye kalau aku silap). Sebab student jadi dapatlah diskaun. Beramai-ramai masa tu naik bas mini. Maklumlah Kawan-kawan baik aku tu pun satu kawasan rumah je ngan aku. Memang gaya aku masa tu macam orang keluar hutan pastu nampak bangunan. Macam bestnya naik bas mini. Bas mini masa tu pun masih elok dan baru. 

[Extract from google. Ini jer yang dapat]
Selepas berbulan dan bertahun, tahu-tahu je la kan ramai yang gatal tangan asyik nak merosakkan harta awam je, keadaan bas mini tu pun teruk. Paling aku tak boleh lupa bila ada satu bas mini ni, siap ada karpet merah. Aku dah pandang-pandang kawan aku, "Err... ada event red carpet ke? Aku pakai baju sekolah jer ni." Ada jugak bas mini ni, aku dapat tempat duduk yang paling belakang di mana ada satu seat panjang yang boleh muatkan 5 orang. Yang bestnya, tempat duduk ni tak melekat dan dah terkeluar. Jadi tiap kali bas mini 
yang bawak macam hantu ni break, kitorang terpaksa pegang tempat pemegang supaya tak jatuh sekali dengan seat ni. Terpaksa la bekerjasama walaupun tak kenal satu sama lain. 

Dan aku pernah juga kena gangguan seksual dalam bas. Aku dah la budak, sememeh giler kot masa tu. Pakcik tu boleh plak melaga-lagakan anu dia kat tangan aku. Bila aku tarik tangan aku dari tempat pemegang (aku duduk, pakcik tu berdiri), dia pun berubah tempat dengan anu dia betul-betul kat lengan aku. Aku makin menghimpit kawan aku ke arah tingkap, lagi dia himpitkan gak anu dia kat aku. Sebelum tu kawan aku pun kena jugak. Sebab takut, kitorang bertiga terus turun di stesyen yang bukan sepatutnya kitorang turun. Satu hal pulak nak tunggu bas lain. Hampeh tul. Itulah pengalaman aku dengan bas mini. Sekarang dah takde dan dah pupus. Digantikan pulak dengan Rapid Penang. Walaupun rupanya hampeh tapi banyak kenangan yang ditinggalkan. Aku masih ingat masa tu Komtar masih ada Kyros Kebab bersebelahan dengan tempat bas. Sambil tunggu bas, makan dulu. Tak pun jalan-jalan dalam Komtar dulu. Rindu sangat. 

Lepas aku mula study, aku naik bas Cityliner (kalau tak salah aku ler). Dari kolej nak ke tempat bas dah hazab berjalan dalam panas sebab kurang pokok dan jauh. Sampai tempat bas hazab lagi menunggu bas. Takde kenangan apa sangat pun. Kalau ada pun kenangan mengamuk. Jadinya kalau nak keluar especially ke KL, keluarlah waktu pagi di kala matahari sedang panas-panas manja. Lepas study dan mula bekerja, aku dah tak naik bas sebab aku guna kereta. Tapi lepas aku pindah ke KL, bermulalah perjalanan seharian aku dengan pengangkutan awam. Dalam sehari aku guna 3 pengangkutan awam yang membawa aku dari rumah ke ofis dan sebaliknya. Bas rapidkl, KLIA Transit (ERL) dan LRT Putra. 

Semua orang terbeliak matanya bila aku cerita di mana aku tinggal, di mana ofis aku dan bagaiman aku pergi balik setiap hari. Maybe sebab dah biasa, takde hal pun bagi aku. Asalkan salah satu jangan delay. Salah satu delay habislah aku. Kalau aku ada kereta sekali pun, aku prefer naik 3 pengangkutan awam ni sebab convenience dan yang paling penting aku takkan stuck dalam jam. Kalau aku bawa kereta dengan nak mengadap jam, tol, minyak dan parking dan lebih kurang dengan harga 3 pengangkutan awam yang aku guna tu. 

Bestnya bila naik pengangkutan awam ni, macam-macam karenah orang yang boleh buat kita tersenyum. Yang berebut-rebut satu hal. Yang tersepit pintu lrt sampai menjerit sekuat hati pun ada. Kadang-kadang bila sesak sangat dalam lrt, aku pulak yang horror takut ada orang tersepit walaupun pintu tu tutup perlahan. Kalau pintu detect terlanggar something atau seseorang, pintu akan terbuka balik. Paling ramai korang boleh tengok orang dengan earphone dan ada jugak yang guna headphone. Muzik, teman sepanjang jalan. Aku pun sepatutnya salah seorang daripada diorang juga tapi memandangkan aku tertinggal earphone aku kat Penang, tak dapatlah nak guna. Motif kan bawak Ipod tapi tinggalkan earphone. Nantilah aku beli yang baru. Ada sekali tu aku pun tak tau siapa, time tu kitorang dah bersedia nak keluar dari ERL sebab dah sampai KL Sentral. Tiba-tiba terdengar suara yang menyanyi dengan penuh perasaan. Cik kak, kitorang tak boleh dengar lagu dalam fon tu tak bermaksud kitorang tak boleh dengar suara akak sekali. Aku dah tersenyum-senyum tahan gelak. 

Korang pun mesti ada macam-macam kenangan naik pengangkutan awam kan?

2 comments:

suria lekatlekit said...

slma lbh 5 thn tggl kt kl katanya walau alamat selangor gitu (org kg ttp ckp dok keyel kan??) msh x arif dgn pengangkutan awam ni sbb blh kira dengan jari sebelah tgn naik bas, LRT bagai ni.. selalu nk kemana2 ada je driver..

Elyssa said...

saya masa kat hometown pun camtu kak. naik kereta je. skrg ni memang penumpang public transport yg tegar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...