Apa yang kita mahu dalam relationship kita dengan yang tersayang?
Sesetengah orang cuma fikir apa yang dia mahu je tanpa memikirkan kemahuan pasangannya. Untuk mengekalkan hubungan hingga ke akhir hayat, banyak perkara yang kita kena ambil berat. Aku bukannya expert dalam bercinta tapi apa yang aku share dengan korang ni adalah dari pengalaman aku dan pengalaman orang lain which is bagus untuk kita renungkan.
1) Persefahaman
Persefahaman sangatlah penting. Kalau kita cakap ciri-ciri lelaki atau wanita idaman, mesti kita cakap "Saya nak orang yang memahami." Memahami di sini bermaksud korang kena faham apa yang pasangan korang nak, dan pasangan korang pun kena faham apa yang orang nak. Bukan saja faham apa kemahuan pasangan tapi keadaan pasangan masa tu pun penting. Contohnya, pasangan korang sibuk sangat hari tu. Korang call pun dia jawab cepat-cepat dan katanya busy. Kalau time korang call atau message tu time office hour, korang kena fahamlah dan jangan kacau. Biar dia buat kerja dia. Dia nak cari rezeki untuk masa depan korang jugak. Jangan pulak korang call message tak henti-henti sebab tak puas hati dia tak layan korang. Aku bagi 2 situasi.
Situasi pertama:
Awek call Pakwe tapi Pakwe cuma cakap sepatah jer, "Busy" dan terus letak fon. Awek sabar. Lepas beberapa minit call lagi, samada Pakwe jawab "Busy" atau terus end call. Awek tak puas hati then terus menerus call dan message. Bila dah message tu keluarlah semua amarahnya. "Awak tak boleh luang masa sekejap ke cakap dengan saya. Asyik sibuk dengan kerja awak. Ntah-ntah awak sibuk dengan perempuan lain". Pakwe yang tengah pening dengan kerja dan busy tu pun mengamuk Awek asyik kacau tak henti-henti dan tuduh yang bukan-bukan. Akhirnya bila Pakwe dah settle semua kerja dan ada masa lapang, Pakwe akan call Awek dan mulalah korang bergaduh. Tengok jugak le jenis Pakwe, kalau Pakwe yang penyabar, dia akan pujuk Awek dia yang tak memahami keadaan dia tu. Tapi kalau Pakwe kau baran sedialah kena tinggal. Bagi aku Awek ni tak matang dan tak memahami.
Situasi Kedua:
Sama dengan situasi Pertama. Bezanya, lepas Pakwe cakap busy, Awek pun faham. "Pakwe aku busy. Tunggulah time dia free." Maka Awek pun layan blogging, Facebook atau just having 'Me-Time' yang
bermaksud masa untuk diri sendiri. Bila Pakwe dah settle dengan kerja dan ada masa luang, Pakwe pun call. "Sorry sayang. Tadi busy sangat dengan kerja." Dan korang boleh terus berbual dengan manja tanpa bergaduh.
Aku tambah lagi sikit. Nak dijadikan cerita, Pakwe dah settle kerja. Tapi sebab terlalu letih, Pakwe pun terus balik rumah dan tido tanpa call Awek. Bila Awek call, sepatah jer dijawab, "Tido.". Memandangkan Awek memahami Pakwe dia letih dia biarkan jer tido. Keesokkannya Pakwe sendiri akan rasa bersalah sebab
biarkan Awek dia tertunggu-tunggu nak luangkan masa dan dia sendiri akan cakap, "Sorry! Semalam letih sangat sampai tertido." Atau lebih best dia akan cakap, " Awak pergi mandi bagi wangi, pakai cantik-cantik, hari ni saya bawa awak pergi makan dan jalan-jalan." Maksud tersirat ialah, "Thanks kerana memahami
sayang."
Kan better situasi kedua tu. Memahami telah mengelakkan korang daripada bergaduh dan mengukuhkan lagi perhubungan korang. Aku tahulah, itu dari pengalaman aku sendiri. Tapi awas ye, kalau situasi tu asyik melarat sampai berminggu dan berbulan, tiba masanya korang kena pergi ke Part 2 iaitu berbincang. Sebab apa? Memanjang busy tu memberi maksud Pakwe tu dah tak berminat dengan Awek dia dan kemungkinan sudah curang adalah tinggi. Dan lelaki-lelaki yang baca entry ni jangan nak seronok sangat kononnya aku menyebelahi korang. Situasi ini boleh terjadi kepada korang juga bila Awek korang busy.
[Dia sorang je lah yang sibuk. Orang lain pun sibuk jugak.] |
2) Berbincang
Okay masuk Part 2, berbincang. Berbincang ni sangat penting. Tapi semasa berbincang tu kawal sikit emosi sebab korang mungkin akan berselisih pendapat tapi cuba cari jalan yang korang boleh setuju. Contoh Pakwe nak jalan kanan, tapi korang nak jalan kiri. jadi ikut jer jalan tengah, kan senang. Err... korang faham tak ni?
Bagitau pasangan korang apa yang korang tak suka dan apa yang korang nak dari si dia. Banyak pergaduhan berlaku sebab masing-masing tak faham apa kemahuan pasangannya. Contohnya, "Saya tak suka la awak tengking saya depan orang ramai. Kalau saya buat salah sekali pun awak cakaplah elok-elok. Awak bukan malukan saya je, awak malukan kita berdua." Dan pasangannya pula janganlah ego sangat kan. Buka fikiran tu sikit. Terima pendapat pasangan walaupun korang tak setuju. Sebab tu orang cakap berbincang.
*Macam manalah kalau Pakwe dan Awek tu dua-dua pidato (debaters)?
Pening nak membayangkannya. "Saya bantah". Sambil ketuk meja.*
[Awak tau tak bumi itu bulat? Bila fikir tentang bulat, saya rasa nak makan chipsmore pulak.] |
3)Jangan menipu
Jangan sesekali menipu pasangan korang. Especially masa korang mula-mula nak mengorat pasangan korang. Konon korang gagah perkasa, berani bagai, tapi sekali nampak lipas lari bertempiaran. Gagahnyer! Kalau korang pernah menipu semata-mata nak impress dia, lebih baik korang berterus terang terutama sekali kalau perkara tu serius sebelum pasangan korang tu tau dari orang lain. Untungnya kalau kau baik dengan mak pasangan korang tu, korang boleh tanya sendiri dan banyaklah rahsia terbongkar. Biasalah kalau korang
tengah 'percintaan' ni, benda tak logik pun korang boleh percaya.
*percintaan = mabuk bercinta*
4)Jangan Mendesak
Kalau pasangan korang ada rahsia atau sesuatu yang dia tak ready nak bagitau, tolong jangan mendesak. Cuba letakkan situasi tu pada korang sendiri. Kalau pasangan korang mendesak korang, mesti rasa
annoying, menyampah dan rasa nak pukul kan. Eh, jangan berkasar main pukul-pukul. Marah jer. Beri dia masa sampailah dia bersedia nak bagitau korang. Aku faham korang tertanya-tanya dan curious mengalahkan The Curious Case of Benjamin Button, tapi berbalik kepada Part 1: Memahami. Sesetengah orang ada rahsia hitam yang dia malu untuk bagitau sesiapa pun tapi selalunya rahsia hitam ni orang akan kongsi dengan seseorang yang dia percaya dan sayang. Jadi janganlah mendesak dan bersabar. Bila korang mendesak,
pasangan korang akan marah dah pulak bergaduh. We want world peace kan?
[Rimaslah dengan kau ni. Eeyahhh! Tumbukan 3 penjuru Dewata Raya] |
5)Kepercayaan (Trust)
Hal ni sangat penting. Kalau korang tak percaya pada pasangan korang, macam mana korang nak habiskan seumur hidup dengan pasangan korang. Tak salah kalau sekali sekala korang curiga dengan pasangan korang sebab kalau korang terlalu percayakan pasangan pun ada kemungkinan korang akan ditipu. Sama macam 2
situasi yang aku bagi dalam Part 1: Memahami tadi. Pasangan korang pun nak ruang untuk diri sendiri. Dia nak ada privacy untuk Facebook, fon atau benda-benda lain. Selama aku couple ni aku tak pernah curi-curi masuk Facebook, atau check mesej dalam telefon sebab aku menghormati privacy pasangan aku. "Saya percayakan awak tapi kalau awak tipu saya atau buat benda-benda tak elok belakang saya, Tuhan akan balas apa yang awak buat. Doa orang teraniaya ni selalunya dimakbulkan." Pasangan korang mesti rasa serba-salah. Aku faham korang takut pasangan korang curang tapi kalau sampai melampaui batas, pasangan korang jugak yang rasa tak selesa. Tak pun korang buat jer perangkap samar macam ni,
Awek: " Tadi saya ternampak Mimi (rekalah nama apa pun) mesej awak. Siapa tu?"
Pakwe: "Mana ada Mimi dalam fon list saya."
Kalau pakwe korang cool atau check balik fon dia, maybe betul takde pun nama Mimi yang mesej dia sebab tu dia rasa pelik. Kalau pakwe korang cuak, gelabah, itu namanya sudah kantoi. Tapi lelaki ni kan ada 9 akal, maybe betul ada perempuan yang mesej dia dan bukan nama Mimi tapi dia boleh berlagak cool. Takpe, kau curang hari ni Tuhan akan tunjuk suatu hari nanti.
6)Hormat
Kalau korang nak orang hormat korang, korang pun kenalah belajar hormat orang lain. Samalah juga dengan pasangan korang. Respect each other. Bila ada perasaan hormat ni, korang akan belajar hormat privacy dan maruah pasangan korang. Bila korang hormat pasangan korang, takdelah korang bercerita pasal benda-benda tak elok atau memalukan pasangan korang pada orang lain.
*Awek aku bulu ketiak panjang. Tak reti-reti nak cukur..... *
Euww!! Memalukan.
Bila korang hormat privacy pasangan korang, takdelah korang belek phone book dan mesej dalam fon dia. Cemburu tanda sayang tapi kalau dah melampau tu sesiapa pun tak suka.
7) Berkongsi
Ini bukan filem kongsi. Berkongsi life korang dengan pasangan korang. Maksud aku di sini, kongsi hal yang terjadi, kawan, atau apa-apa jer yang pasangan korang patut tahu untuk mengelakkan pasangan korang curiga. Kongsi dengan siapa korang berkawan, siapa oficcemate korang (kalau pasangan nak tau sebab ada juga pasangan yang malas nak tahu). Kalau dah bersedia kongsilah sesuatu yang agak peribadi bagi korang atau pun rahsia.
"Awak sorang jer yang tau hal ni."
[Meh sini saya tunjuk kat awak kawan saya dalam Facebook] |
Tak guna menyalahkan lelaki atau perempuan sebab kita sangat berbeza. Itu jer yang aku dapat fikirkan sekarang ni. Kalau ada apa-apa yang aku nak share lagi tunggu entry yang lain ye. Sekali lagi aku ulang, ini adalah pendapat dan pengalaman aku bercampur pengalaman orang lain juga. Terpulang kepada korang sebab korang ada pendapat masing-masing.
[Walaupun dah kertu, tetap percintaan] |
No comments:
Post a Comment