SPECIAL OFFER

Thursday, February 2, 2012

Food: TheObroma Chocolate Lounge

Weekend lepas aku ngan Mr Hall melepak di The Curve. Almaklumlah, few weeks ni sibuk plus demam berpanjangan, jadinya weekend tu lah kitorang nak betul-betul spend time pun. Memandangkan kitorang dah lunch awal, kitorang pun mulalah mencari kedai makan atau restoran sekadar nak melepak sambil mengisi perut. Sebelum tu kan, kitorang jumpa Izzara Aisyah. Ijjawaaaa.....




Yang comelnya, first time aku jumpa Izzara masa Mama dia stil dalam pantang lagi, means masih kecil. Jadi, ini kali kedua aku jumpa Izzara. Memandangkan dia tak kenal aku, muka dia blur je. Aku ambil gambar dia pun dia blur je. Dia tengok aku. Dia tengok Mr Hall. Pastu tengok Papa dia, "Ni saper lak ni, Papa?" kata Izzara dalam hati. Wahhh comel giler. Achik Mira dia dah gelak-gelak. Bak kata Papa dia, "Tengah panaskan enjin lagi tu."

Okay back to the food, kitorang pilih untuk melepakkan diri di TheObroma Chocolate Lounge. Inilah makanan kitorang.


[Strawberry Sensation]
Chicken Pita Bread tu tak sempat ambil gambar sebab aku dah serang awal-awal. Strawberry Sensation ni pun tengah sedap makan, Mr Hall tanya,

"Tak nak ambil gambar ke Yang?"

Maklumlah, asal sampai je makanan aku tahan dia dari makan sebab nak ambil gambar dulu. Memandangkan aku ni peminat coklat, memang sampai juling le mata aku makan dan minum bercoklat. Memang sedap dan puas hati. Tempat yang sesuai untuk chill. Kalau nak tau menu apa yang ada lagi, korang boleh tengok kat Official Website Theobroma Chocolate Lounge ni. Restoran ni pun banyak outlet lain. Korang boleh jumpa outlet diorang kat 1 Utama (New Wing), Pavillion, The Curve dan LCCT. Lepas tengok-tengok menu kat website dia tu silalah buat serangan di outlet yang berdekatan ye.

2 comments:

ReeneeRaaid said...

hi there. first time i visit blog u. menarik! anyway, i pon suka gi tempat ni. u kene try choc affair kat situ. sgt sedap!

Me Elyssa said...

thanks sudi melawat sini. yeke? next time blh lah i try.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...