SPECIAL OFFER

Thursday, February 23, 2012

Go to Class, Like a Boss!

Kalau sesiapa pernah baca Sardinkan Waja Itu, ini adalah rentetan selepas turun dari kereta Waja milik Shah tu. Kitorang kalau tak naik kereta Shah, akan jalan kakilah ke kelas. Panas terik membahang tak payah cakaplah. Walaupun dah pakai losyen yg ada UV protection, tetap gelap-gelap manja.

Memandangkan tak tahan mata dan kepala membahang kena panas, kitorang selalulah bawa payung. Memang dari kecil mak aku biasakan aku keluar rumah dengan sweater dan payung, sampailah dah kerja bertahun macam sekarang ni pun masih bawa payung dalam beg dan sweater dan berganti dengan blazer. Tak cukup dengan payung, aku dan Vick pakai sunglass lagi uols. Aku ni dah la pakai contact lens, panas terik mentari membahang, jadi nak menyelamatkan mata dari rosak aku pakailah sunglass. Budak-budak junior keliling aku pandang-pandang sambil mengumpatlah, konon aku perasan diva. Peduli apa aku. Aku nak lindungi mata aku dari rosak, tapi orang lain yang fikir bukan-bukan. Pakai sunglass tengah panas logik dik, tapi kalau pakai sunglass dalam shopping mall memang tak logik. Melainkan kau sakit mata. Kalau kau feeling-feeling rock pakai sunglass dalam shopping mall tu, kau tak nampak macam Faizal Tahir langsung,
okay.



Bila masuk kelas, mesti nak duduk sebaris tak kiralah dewan kuliah atau bilik tutorial. Kalau dah tak cukup tempat barulah buat dua barisan. Masuk kelas pun tak reti senyap, mesti kecoh. Lecturer pun dah tau karenah kitorang. Kalau bilik tutorial tu siap bawak keropok dan air lagi. Macam dah nak pergi piknik dah. Kalau sampai awal sebelum lecturer masuk, confirm bising sambil bergossip.

Aku ingat lagi ada satu kelas English tu aku pergi sendiri sebab kawan-kawan aku ada hal/kelas sebelum tu jadi diorang terus pergi ke kelas. Masa tu aku bangun tidur, basuh muka dan terus pergi kelas. Sampai je, kelas dah bermula dan aku masih mamai. Rasanya Mr Morrison nampak aku tengah mamai jadi dia terus tanya aku soalan. Laju je aku menjawab tanpa teragak-agak sampai dia kagum dengan aku. Dipuji-pujinya aku sampai kembang kempis hidung. Tanya soalan yang aku tau memang laju le. Cuba ditanya soalan tak tau, lagi lambatlah otak aku loading sebab masih mengantuk.

Satu lagi habit aku dalam kelas ialah menguap. Dulu masa aku first sem Diploma, roomate/classmate aku Wiena selalu kira berapa kali aku menguap. So, ada satu kelas ni aku tak ingat subjek apa tapi lecturer aku dari India, Mr Mano. Mr Mano ni memang strict tapi baik. Dia memang pantang sket kalau orang tak bagi tumpuan. Macam biasa, aku pun menguaplah berkali-kali sampaikan Mr Mano tanya, "Are you sleepy?" setiap kali aku menguap. Rasanya sebab aku menguap banyak sangat dan result test aku pun okay, dia dah malas nak tanya. Maka aku pun sambunglah menguap lagi.

Itu antara kenangan aku pergi ke kelas masa study dulu. Ini cerita masa degree je, cerita masa diploma macam-macam hal lagi.

1 comment:

bicara mak dara said...

kak ida dulu time sekolah cepat bosan jugak sampai bertukar2 11 buah sekolah semuanya hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...