Tuesday, March 20, 2012
Persaingan Sihat atau Tidak?
Persaingan ni bagus kehidupan kita. Especially bila nak dapatkan sesuatu atau contoh paling senang, nak dapatkan kerja, memang ramai lagi menuju pada matlamat yang sama. Nak bersaing biarlah secara sihat. Janganlah sampai kenakan orang atau buat benda tak elok pada orang yang bersaing dengan kita tu. Kita selalu dengarkan orang yang suka tikam belakang atau backstabber. Sanggup menjatuhkan orang lain dengan harapan dapat capai apa yang diimpikan daripada berusaha. Been there done that. Bukan backstabbing yer tapi kena back stab dengan kawan sekerja sendiri.
Ada juga di kalangan adik beradik yang menjadikan satu sama lain pesaing mereka. Tak nak kalah dengan adik beradik sendiri. Mana boleh adik pakai kereta lagi mahal atau kerja lagi besar dari aku, katanya. Kalau betul nak bersaing, biarlah secara sihat. Jangan didajalkan adik beradik sendiri semata-mata tak nak kalah. Itukan darah daging kita sendiri. Busuk-busuk pun adik beradik sendiri. Daripada kau berlagak dengan adik beradik atau sedara mara sendiri baik kau berlagak dengan orang lain yang takde kena mengena dalam hidup kau. Ada juga adik beradik yang bersaing sesama sendiri tapi tetap menyokong bila salah seorang lebih berjaya dalam hidup atau kerjayanya. Macam aku, adik beradik dan sedara mara bukanlah saingan aku. Aku tak kisah kalau diorang lebih berjaya dari aku. Kita dah berusaha dan berdoa pada Allah tapi rezeki masing-masing. Mungkin kita belum cukup berusaha maka rezeki orang lebih baik jadi janganlah berdengki atau sakit hati. Motivate diri sendiri, "Aku pun boleh berjaya macam tu.".
Yang dah berjaya tu janganlah berlagak dengan adik beradik dan sedara mara sendiri. Kita membesar bersama-sama. Kenapa perlu angkuh dan tak puas hati? Macam aku, kalau orang yang betul-betul kenal aku dan family aku, diorang tahu kitorang tak pernah menghina orang lain. Bila adik beradik sendiri atau sedara mara dapat rezeki lebih atau berjaya, kitorang beri sokongan dan rasa bangga sebab darah yang mengalir itu dari keturunan yang sama. Bila memuji kitorang ikhlas dan tak ada maksud lain disebaliknya. Kalau nasib sebaik kitorang, kitorang akan beri kata semangat supaya tak putus asa. Kalau adik beradik atau sedara mara sendiri yang rasa sebaliknya, memanglah mereka tak kenal dengan kitorang.
Kadang-kadang sedih bila tengok keluarga orang lain yang sanggup bergaduh adik beradik semata-mata sebab yang lain lebih murah rezeki dan dia jadi dengki. Adakah kerana pengaruh drama TV? Cliche drama TV kalau adik beradik mesti bergaduh sebab adik beradik yang lain anak emas atau sebab berebut harta. Aku? Aku sayang adik beradik dan sedara mara sendiri. Adik-adik aku itulah keluarga aku dan juga tanggungjawab aku. Aku tak kisah kalau diorang lebih berjaya daripada aku. Macam aku cakap tadi, rezeki masing-masing. Allah Maha adil. Berdoa saja tanpa usaha takkan ke mana. Lebih teruk bila mengutuk je lebih tapi hidup tak ke mana. Tahap itu jugak. Kerana dengki dengan rezeki orang lain, dia nak jatuhkan orang lain supaya berada di tahap yang sama dengannya. Kalau orang luar yang bukan darah daging sendiri boleh terima lagi tapi kalau darah daging sendiri? Hampeh.
Aku selalu mengingatkan diri sendiri supaya bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Mungkin sekarang orang lain susah tapi suatu hari nanti rezekinya melimpah ruah, samalah juga macam kita. Bersama entry ni aku sertakan Doa Murah Rezeki untuk kita sama-sama amalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Iklan Churpchurp
ANYTHING INTEREST YOU?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
Jom join Churp Churp
Katakan #taknakseludup dan jauhkan diri dari membeli rokok seludup
Bestnya kulit makin lembap dan ceria berseri bersama krim pencerah ini!
Nak tahu tips untuk temuduga? You should watch this clip
Can you imagine Pacman as the bad guy?
Nak something extra semasa tetamu datang beraya?
No comments:
Post a Comment