Aku ada mention di entri yang lepas pasal Peninsula Hotel semasa trip aku Singapore. Jadi ini entri pasal Peninsula Hotel untuk tatapan korang.
Dari Changi Airport, alhamdulillah aku selamat sampai ke Peninsula Hotel yang terletak di Coleman Street. Lebih kurang 20 minit dari Changi Airport. Lobby di tingkat 4, kat lift pun ada butang L for Lobby tu so tekan je la. Peninsula Excelsior Hotel ni ada dua tower, Peninsula Tower dan Excelsior Tower. Nasib aku baik sebab dapat kat Peninsula Tower yang boleh guna lift yang sama dari lobby. Kalau Excelsior Tower tu kena keluar dari pintu masuk tadi then pergi ke tower sebelah, tapi dekat jer pun tak sampai 10 langkah (melainkan kaki pendek memang kena double kan lah ye. Mampuslah kena pukul dengan orang pendek walaupun diri tu pun tak berapa nak tinggi). Bilik aku di tingkat 20 ke atas. Tak ingat pulak tingkat paling tinggi tingkat berapa. Bilik selesa dan tak besar sangat pun. Lagipun aku sorang je kan nak duduk. Penginapan aku ni ditaja oleh company untuk bilik inclusive breakfast, internet dan laundry. Memandangkan aku still kena buat keje lepas office hour, Internet tu perlu untuk aku sebab kena bayar asing dan service untuk laundry aku tak guna pun sebab baju yang aku bawak tu cukup, malah lebih.
Nak tengok keadaan bilik?
|
[Bathroom: toilet and sink] |
|
[Bathroom: bathtub yang aku tak sempat berendam pun] |
|
[Queen bed yang aku bergolek sorang-sorang] |
|
[Meja dengan LCD TV. Internet kena guna kabel so kalau korang perasan ada kabel kat situ.] |
|
[Wardrobe, Kettle dan Fridge] |
|
[Sudut melepak tepi tingkat sambil tengok city view *pasang lagu buat gaya video klip karaoke*] |
|
[Bathroom: Shower room yang transparent] |
Dari tingkap bilik ni memang dapat tengok bandar. Nampak hentian MRT City Hall dan kesesakan lalu lintas. Breakfast satu tingkat dengan lobby dan taxi stand depan hotel jer. Kalau nak naik MRT kena jalan sikit tak sampai 5 minit. More info boleh tengok kat
website Peninsula Excelsior Hotel. Aku tak letak harga bilik aku sebab under Corporate rate so harganya berbeza. Senang cerita tempat selesa dan kemudahan keliling. Kalau rasa nak makan fast food ke boleh ke Digital Life Mall kat sebelah je.
No comments:
Post a Comment