SPECIAL OFFER

Friday, October 5, 2012

Trip to Singapore


Minggu lepas, lebih kurang seminggu jugaklah aku seorang diri pergi meeting di Singapore. Dah le first time keluar dari Malaysia, sorang-sorang lak tu membawa diri. First of all aku tau ramai sangat yang bila aku cakap ini first time keluar dari Malaysia, semua buat muka terkejut.

"Tak pernah ada passport?"
"Tak pernah keluar Malaysia?"
"Kenapa tak pernah pergi bercuti kat luar? Tak suka bercuti ke?"



Senang cerita macam ni lah. Bukan semua orang mampu nak keluar negara bawak family bercuti semua tu dan aku tak pernah terkilan pun family aku tak pernah bercuti di luar Malaysia. Rezeki masing-masing kan. Ini pun rezeki aku company yang hantar. Korang tau apa yang bestnya bila company yang hantar? Hotel dan tiket kapal terbang free okay diulangi free. Kalau ada rezeki lebih aku memang nak bawak family aku bercuti di luar Malaysia. Kitorang ni selalu cuti-cuti Malaysia jer. Dalam Malaysia ni pun banyak lagi tempat tak pergi. Kalau boleh nak bawak parents aku pergi buat umrah dan haji.

Okaylah sambung cerita. Jadi flight yang company booking untuk aku adalah MAS (Malaysia Airlines). Memandangkan sejam je nak gi Singapore, penumpang cuma dihidangkan jus oren ngan kacang je. Sejam je, tak sempat nak apa-apa dah sampai.

Memandang aku tak pernah naik flight International jadi aku agak exicted nak menempuh pengalaman baru. Few weeks sebelum nak pergi ni baru buat passport. Thank you Mr Hall sebab temankan saya. *Love*
Aku naik KLIA Transit dari Putrajaya Sentral. Cepat dan senang. Naik teksi lagi mahal. Dari Putrajaya Sentral ke KLIA RM6.20 je. Kalau korang dari KL Sentral, aku galakkan korang naik KLIA Ekspress. Nama pun ekspress maka lebih cepat dari KLIA Transit yang banyak berhenti ni. Tambang cuma RM35 je untuk kedua-dua tren. Sampai KLIA terus aku usung luggage aku pergi check in. So, aku provide e-ticket yang company aku dah beli bersama passport. Luggage comel aku dibawa pergi bersama luggage orang lain. Lepas check in aku tukar duit aku ke SGD dan aku menyampah sebab hari tu exchange rate dia tinggi dari hari sebelumnya. Benci.

Bila tengok je masa dah hampir aku pun masuklah ke Balai Berlepas. Singgah sekejap di kaunter imigresen, aku pun berjalan la pergi ke gate untuk berlepas. Penat jugaklah sebab gate tu jauh dari pintu masuk Balai berlepas. Lepas scan semua, diorang bagi kad imigresen untuk kita isi dan kad itu akan diberikan pada imigresen di airport yang kita nak pergi. Naik je kapal terbang, ada la mat saleh peramah nak ajak berbual. Kalau setakat berbual aku tak kisah tapi since soalan dia semua soalan pasal aku, aku pun nak tak nak je menjawab. Dah la nak pergi negara orang seorang diri, so details pasal diri kita, hotel mana kita pergi janganlah share dengan orang. So aku cakap elok-elok dengan dia aku tak suka share details dengan dia tapi kalau nak cakap pasal benda lain aku ok jer.

Lepas sejam, sampailah aku di Changi Airport, Singapura. Lepas bagi kad imigresen tu, dia akan koyakkan sebahagian dari kad tu untuk simpanan kau. Kad tu penting sebab masa nak balik ke Malaysia nanti diorang akan minta. Dah ambil luggage, aku terus pergi ke taxi stand. Taxi di Singapore kemas, bersih dan sentiasa guna meter. Resit aku kutip tiap kali turun taxi untuk claim. Hahahahhaah.... *Evil Laugh* Dalam 20 minit macam tu sampailah aku di Hotel Peninsula. Yeap, di situlah tempat tinggal aku selama di Singapore.

Datang Singapore pun untuk meeting so, office dengan Hotel cuma 5 minit jer cuma kalau nak berjalan tu semput gak la. Sedey gak la sebab tak sempat nak jalan-jalan kat tempat macam Orchard Road dan Bugis Street tapi hari kedua aku di Singapore, aku dan kawan aku dari Indonesia sempat pergi Marina Bay naik bas. Siap bergambar bagai, nampak sangat aku ni foreigner. Berdiri di Marina Bay mengingatkan aku pada Straits Quay, terus feeling nak balik Penang. Hampeh. Penat berjalan di Marina Bay aku dan member aku pun balik ke hotel masing-masing.

[Pemandangan di Marina Bay]



Lepaklah aku di bilik hotel sambil tengok channel Suria. Best jugak sebab banyak drama dan drama bersiri dari Malaysia yang ditayangkan dalam channel ni. Tukar channel, tengok CSI di AXN, lama giler kot tak tengok CSI. Rumah sewa aku bukannya ada Astro. Nasib baiklah Mamita sangat memahami dan selalu record rancangan menarik untuk aku di Astro Beyond. Dengar ye kawan-kawan, ini promo Astro Beyond. Tak lupa jugak mengikuti berita terkini di TV3. Macam jauh jer padahal Singapore yang naik flight sejam dah sampai tu. Facepalm dengan diri sendiri.

Hari ketiga, salah seorang dari colleague aku belanja makan dinner buffet di Swissotel Merchant Court. Makan free harus laju jer okay.

[Salad, Vegetarian Fried Noodle and Popiah]

[Clockwise: Ox Tail, lobster, pasembor, veggies, ikan berkuah laksa]
Inilah makanan aku. Dessert lupa lak nak ambil gambar. Sedar-sedar dah masuk perut.

Last day aku kat Singapore, aku jalan sorang-sorang pergi Digitallife Mall kat sebelah hotel jer. Kedai-kedai yang ada pun sama macam kat sini so nothing much. Tergerak hati nak naik MRT yang dekat dengan hotel tu pergi Bugis Street tapi langit mendung nak hujan maka cancel. Itulah ceritanya kenapa aku tak sempat pergi Bugis Street. Sebelum balik KL aku sempat beli souvenir untuk adik-adik dan family di Changi Airport. Sorry aku beli tak banyak. Mungkin kalau aku pergi Bugis Street dan Orchard Road aku akan memborong. *Balik KL makin maggi sambil kuis-kuis duit*. Oh ya Changi Airport ada 3 Terminal so kalau korang naik MAS tu di Terminal 2 ye. Jangan silap terminal lak. Kalau tak sure, dekat e-ticket aku ada tulis dan korang boleh check di website Cangi Airport.

Itu je la short trip aku ke Singapore. Tak banyak tempat aku lawati tapi kalau ada rezeki mungkin aku pergi lagi ke Singapore dan shopping di Bugis Street.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...