SPECIAL OFFER

Tuesday, December 18, 2012

The Big Bad Wolf


Sebelum ni aku tak tau pun pasal Big Bad Wolf. Asyik nampak orang spam News Feed FB aku dengan gambar pergi Big Bad Wolf. Aku pun bukalah FB Big Bad Wolf ni dan diriku dipanggil-panggil untuk menjadi Red Readerhood. Mulalah buat puppy eyes kat Mr Hall ajak pergi. Yang bestnya weekend tu diorang buat 24 jam. 24 jam ye kawan-kawan pukul berapa pun boleh.

Habis jer tengok bola kat Kedai Mamak Sabtu lepas, aku diam jer tak ajak Mr Hall pergi Big Bad Wolf sebab tau dia dah penat. Takpelah tak dapat pergi. Maybe takde rezeki nak shopping buku. Jangan kata dia, aku pun battery dah low. Sekali aku tengok kereta menuju ke Mines Convention Centre. Mata separuh ala Garfield dah terbuka sket. Biar betul Mr Hall ni, larat ke nak pergi lagi. Nampak jer dia bayar duit parking lagilah aku tersengih-sengih. Ni yang sayang tunang aku very very much ni. 


Masuk jer dalam convention centre tu, aku ibarat baru lepas minum espresso. Terus terbeliak mata ni dan bertenaga. Kitorang rembat satu kotak kat tepi tu dan terus menyerbu buku-buku yang bergelimpangan minta dibeli. Aku rasa macam aku serap semua energy buku-buku dalam ni. Exicted tak tau nak cerita since aku memang suka sangat dikelilingi buku.


[Pintu masuk]
Mr Hall pun tak ketinggalan beli buku dan komik untuk diri sendiri jugak. Lepas habis pusing satu convention centre tu, aku tengok buku pun dah penuh dalam kotak dan bateri Mr Hall pun makin menurun. Maka aku pun cakap,"Jomlah bang. Cukuplah ni." 11 buku kitorang bayar RM104 jer. Mana taknya. Banyak buku yang harga asalnya berpuluh-puluh tinggal RM8 dan RM10 jer. Heaven giler rasanya. Ingatkan nak window shopping je ke, beli satu dua buku je. Almaklumlah, dah hujung-hujung bulan ni, duit pun faham-fahamlah kan. Menghitung hari tunggu gaji je. Rupa-rupanya Mr Hall dah memang spare sikit duit nak beli buku-buku ni untuk aku. Terharunya

So guys, these are the books that gonna be my best friend during my free time.


[Spyology]

[Dalam buku Spyology. Pasni leh jadi spy. weeee]

[Buku-buku yang diborong oleh kitorang]

[Buku yang aku borong: Dracula, Spyology, Across The Universe, The Short Second Life of Bree Tanner, The Adventure of Sherlock Holmes and Grafield comic]

[Buku Milik Mr Hall: Dark Origins, komik X-Men: Powerless, WTF? Work, Worked Manifesto Slacking Off]
Ini khas untuk Mimin dari aku dan Mr Hall. Nanti aku bagi kat hang na.


Thanks Mr Hall sebab bawak aku ke Big Bad Wolf dan belanja buku-buku ni. Love you.

1 comment:

adzairdawati makdara said...

wahhh 24 jam tuuuuuuuuuu.. best3 hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...