One thing about me is my curiosity. I tak suka dengar cerita dan terima bulat-bulat. Buat apa nak cakap pasal orang tu bila kau sendiri tak kenal. I tak pernah masuk asrama masa sekolah dulu. So the first time I masuk asrama adalah masa I sambung belajar kat Kolej. First time I bercampur dengan student dari seluruh Malaysia. I mewakili mami-mami dan Chombi dari Penang. Ada yang dari Kelantan, Pahang, Johor, KL, Sabah dan lain-lain negeri kat Malaysia ni. My first friend dari Borneo ialah Cynthia, orang Sabah. Masa belajar kat sekolah dulu, pernah belajar pasal kaum di Sabah dan Sarawak. Cynthia my friend ni kaum Bajau. I ingat lagi masa I tanya dia kaum apa, dia pun jawab, "Bajau. Aku tau kau tengah bayangkan aku naik kuda sekarang ni." Tergelak I masa tu.
Giddy up |
Dari Cynthia, I belajar panggilan "Mamak" yang bermaksud "Mama" di sana. I pun terangkan pulak kalau di Semenanjung "Mamak" lain pula maksudnya. Then I jumpa kawan-kawan dari Sarawak. Melanau, Iban, Kayan, Bidayuh dan pelbagai campuran lagi. Sebab kat sana banyak perkahwinan campur antara kaum.
I lebih selesa berkawan dengan diorang sebab diorang open minded, hormat sesama kaum dan agama dan I rasa tarikan utama sebab diorang lain dari I. We respect each other. Just imagine, bila azan jer, especially Maghrib, diorang yang bukan Islam ni berlari tutup radio sebab hormat dengan azan. Sedangkan orang kita sendiri seronok mengilai sebab baru balik bersukan (konon) sambil cuci mata.
Kalau diorang makan Pork, diorang akan asingkan pinggan dan bagitau I so that I tak terguna. Dari tak faham satu apa pun yang diorang cakap, sampailah I faham Bahasa Sarawak. Nak cakap, I tak berapa confident tapi bolehlah sikit-sikit. Diorang pun ramai yang fasih cakap Bahasa Melayu.
Contoh perkataan sama tapi maknanya lain |
Nampak sangat I rindu kat housemates I. Like the best housemates ever. Almost 2 years I live with them and my life was colourful.
Ana, my roomate yang selalu berbual dengan I sebelum tidur dan selalu buat konsert dalam bilik. Cindy, pembekal maggi dan selalu makan maggi goreng dan sardin bersama. Teman layan siri Korea. (Kitorang dah layan Korea lama dah dar korang). Lina, yang selalu bagi I jadikan komputer dia macam komputer I sendiri, bajuku bajumu juak. Tak lupa juga Rose, yang I selalu pinjam CD Yoga dia dan peneman I berbual before tido (roomate after Ana). Penat dia ajar I Bahasa Iban, I tak fasih pun lagi. Pade, pembekal movie dan skillful dalam bab masakan da komputer. Iena, yang selalu jerit panggil I bila merajuk dan sampai sekarang I terliur nak makan Umai. "Iena, Umai sigek."
Umai siap |
I tengah cerita pasal orang Borneo ye, housemate I orang Semenanjung jangan nak merajuk ngan I. Later I'll tell our story lak okay.
Dioranglah rajin melayan karenah I dan kitorang suka buat sesi pillow talk. Apa topiknya, that's our secret.
Pillow talk je ye, pillow fight takde |
Attitude is not about what race or what religion you are and which state or country you came from. It's from the person himself/herself. So, sudah-sudahlah tu mengutuk sesama rakyat Malaysia. You won't know how interesting a person, who is different from you, until you get to know them. Boringlah asyik bercampur dengan orang satu negeri dan satu kaum jer. Explore new things and get to know different person. Learn their culture and language. Kawan I mostly orang Sarawak so I banyak cerita pasal diorang je lah.
I sangat jealous sebab Mr Hall dah pernah jejak ke Sabah dan Sarawak and I haven't got a chance. One day I will go there and visit my beloved friends. Kitak orang semua, nunggulah kemunculan kamek di sinun. (Kalau salah tolong betulkan ye. Dah lama tak practice.) Dari Kuching ke Dalat I nak jelajah.
No comments:
Post a Comment