SPECIAL OFFER

Saturday, August 15, 2015

First Date Failed? What happen guys?

Itulah yang I nak kongsi dengan lelaki-lelaki kat luar sana. Yang single jer ye. Yang dah kawen tu jagalah wife ngan anak-anak. Tak yah nak menggatal. Salah seorang dari member I ni, dah break up dengan ex-boyfriend dia. Lepas beberapa bulan, dia pun cuba bagi peluang untuk berjumpa dengan lelaki lain. Malangnya takde sorang pun yg boleh diketengahkan sebagai calon. Kenapa? Ini antara lelaki yang member I dan perempuan lain pernah jumpa masa first date (or maybe second date sebab nak bagi peluang).



1. Lelaki kedekut
First date, Gadis ngan Lelaki ni pergi fast food. Sampai di fast food, si Lelaki terus duduk. Kalau ye pun nak book tempat dulu then take turn beli makanan bagitaulah. Ini tak, terus duduk senyap. Si Gadis ni ajaklah pergi beli makanan sekali. (Ingat kau Raja nak belikan makanan pastu hantar ke meja? Jadi boyfriend pun belum). Takpelah dimaafkan. Sampai di kaunter, dah dapat makanan, bila cashier bagitau harga. Si Lelaki senyap membisu. Tunggu jer kat situ. Come on be a man. At least bayar 50-50 kalau tak nak belanja sekali pun. Disebabkan lapar, si Gadis ni bayarkan jugak la makanan. Itulah first and last si Gadis keluar dengan lelaki tu.

2. Duda kegersangan
Dah duda kira bujang jugaklah walaupun ada anak. Si Duda dan si Gadis keluar date, bersama anak-anak si Duda. Si Duda ni belum confirm pun jadi boyfriend si Gadis tapi dah sibuk nak pegang-pegang tangan. Si Gadis yang tak selesa ni tariklah tangan dari dipegang. Terus ditegur oleh si anak, "Ala Aunty ni, Daddy nak pegang-pegang sikit pun tak boleh." Si anak tu baru berusia 5 tahun. Kat sini pun kita dah dapat agak dah berapa ramai perempuan si Duda ni pegang-pegang depan anak dia. Itulah first and last si Gadis keluar dengan lelaki tu.

3. Lelaki Control freak
Ini lelaki yang belum confirm couple lagi dah mendesak. Si Gadis dan si Lelaki berbalas SMS/Whatsapp/BBM. Kita kan manusia, takdenya 24jam akan balas mesej tu especially time kerja, ke toilet atau mandi. Mestilah break kejap kan. Baru 5 minit tak balas si Lelaki dah marah-marah. Bila ditanya kenapa marah-marah, katanya sebab dia risau. "I risau sebab I sayangkan you". Bila I risau, you nak mampus pun you kena balas mesej I. Baru kenal sebulan dua dan jumpa pun baru sekali. Kalau kerana lambat balas mesej pun nak marah, apatah lagi benda lain.

4. Lelaki Ikut Musim Berkahwin
Si lelaki baru jer kenal si Gadis. Belum confirm couple lagi tapi dah bersungguh-sungguh ajak kahwin. Bila ditanya kenapa, jawabnya "Kawan-kawan saya semua dah kahwin. Saya je yang belum lagi." Apa kata cik abang pergi kahwin dengan kawan-kawan cik abang tu. Boleh?

5. Lelaki Suka Merajuk
Kalau dah couple, sesekali merajuk nak dipujuk tu comel. Tapi kalau belum couple lagi dah asyik nak merajuk macam dah confirm kahwin sangatlah annoying. Ramai yang I tengok lelaki macam ni. Ni bukan manja namanya, ini minta penampar.

Sekian jerlah jenis-jenis lelaki yang member I dan hasil kajian ke atas pengalamn perempuan lain. Kalau nak cari perempuan untuk dijadikan isteri, betulkan diri tu dulu ye.








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...