SPECIAL OFFER

Monday, March 28, 2011

Cerita Dr Tan





Dr Tan atau nama Englishnya Dr Toi di sini merujuk kepada Encik Tandas atau Toilet. Haih! Selalunya kalau Elle keluar dari berjumpa Dr Tan, Elle pasti mengeluh atau rasa nak bakar jer tandas tu bersama orang yang mengotorkan tandas tu. Mentang-mentanglah tempat membuang bahan-bahan besar atau kecil, korang ikut suka jer buang macam tong sampah. Tension betul! Yang Elle tak tahan tu bila guna tisu, penuh ler jamban tu dengan tisu yang berkoyan-koyan sampai nak flush pun tak boleh sebab dah tersumbat.
 
Apa salahnya, semua orang bekerjasama jaga kebersihan tandas? Ada yang cakap, "Kalau tandas tu bersih, takde kerjalah cleaner tu nanti." Hello! Cleaner tu akan tetap cuci jugak tandas walaupun bersih. Bersih pun takdelah sebersih mana pun di mana tapak-tapak kaki dan air yang terpercik sana-sini still ada tapi takdelah sampai tahap keji. Elle suka masuk tandas Jusco sebab kebersihannya terjaga. Selalunya tandas yang berbayar la pulak macam masuk dalam tong sampah. tak tau la kita bayar tu untuk apa. Yang guna tak reti nak guna elok-elok, yang cuci pun tak nak cuci bersih-bersih.


Tak bermakna tandas awam, korang tak perlu make sure tandas tu bersih selepas guna. Bersih yang Elle maksudkan sini ialah

1. Jamban tak penuh dengan tisu sampai tak boleh flush
2. Tisu dan pad bersepah merata-rata padahal dah disediakan tong pad. Geli siot, ada yang tinggalkan pad dia yang berlumuran darah buat tatapan umum.
3. Tak tinggalkan sisa-sisa toksik anda di mana lepas flush tu check ler sekejap ada yang tertinggal ke tak. Sebab sesetengah pam, korang kena tekan few second baru pam akan flush semuanya.
4. Putung rokok tu buang la dalam tong sampah lepas korang matikan api dia.

 Dan dari satu pengalaman Elle, bukan sahaja tandas awam di shopping complex tapi ada tandas awam di multinational company iaitu company yang besar dan untungnya beribu tapi mentality pekerja tak setinggi tu. Kerja jawatan tinggi tapi moral ke longkang. Kadang-kadang tak percaya orang yang education tinggi ni boleh sekotor tu. Elle kalau guna tandas, Elle akan make sure bila Elle keluar dari tandas, tandas tu bersih walaupun tak berkilauan. Maksudnya di sini, tiada tisu bersepah dan sisa ditinggalkan ye. Elle tak suruh pun korang guna Mr Muscle, tonyoh tandas tu semua. Just make sure korang tak kotorkan. Sebab bila kita nak masuk tandas, kita mesti nak tandas yang bersih. Jadi bila kita tinggalkan tandas tu, just make sure keadaan tandas tu seperti yang korang harapkan.

Elle nak ulang lagi sekali kat sini kalau ada yang keliru. Elle bukan suruh korang berganding bahu tonyoh tandas tu sampai berkilat. Just don't make a mess. Especially when you're high educated. Korang maybe berpelajaran tinggi sebab pandai tapi tak bermakna korang bijak.

Dulu Elle ingat lagi ada kempen tandas bersih siap ada iklan bagai tapi siapa saja yang bagi perhatian pada isu macam ni? Janganlah cakap "Orang lain pun buat macam tu." Habis kalau dia berkubang dalam tempat perlupusan sampah kau pun nak ke? Haa! Pandai pun cakap taknak. Jadi selain dari TAK NAK KEPADA ROKOK, mari kita ramai-ramai cakap TAK NAK KEPADA TANDAS KOTOR.

[Masuk tandas ikut jantina ye]

[Jangan nak ngendap-ngendap]

Bersama kita menjaga Dr Tan.
*Pictures from google image

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

byk kali masuk toi nih, tetiba nampak byk 'serpih2' coklat tu yg tertinggal kat lantai..walaupun amat2 kecil, tapi sila lah jirus dulu sebelum keluar..haishhhhh

Alcaponco said...

sangat setuju dgn kak su. tak luak pun bersihkan sisa korang dulu sebelum kuar. haih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...