SPECIAL OFFER

Tuesday, March 29, 2011

Kata Bung Mokhtar Pemandu Wanita Berbahaya




Setiap hari Elle akan buka akhbar online untuk baca berita-berita terkini. Pagi ni, bila Elle buka sahaja utusan online, Elle tertarik dengan tajuk berita 'Pemandu Wanita Berbahaya?'.  Kata Bung Mokhtar kebanyakan pemandu wanita di negara kita memandu secara bahaya dan boleh mengundang kemalangan. Elle selalu dengar benda ni. Perempuan tak cekap memandu, perempuan memandu laju, perempuan itulah, perempuan inilah. Memang Elle akui sesetengah pemandu perempuan ni memang tak cekap memandu, teragak-agak nak buat keputusan, memandu laju dan bla bla bla.

Bagi Elle tak adil rasanya perempuan sahaja di salahkan kerana selama Elle memandu beberapa tahun ni, perkara yang dikatakan di atas juga berlaku kepada pemandu lelaki. Especially yang ego dan bila dia nampak yang memandu itu perempuan. Ramai juga lelaki yang memandu secara merbahaya. Kereta tak seberapa, tekan minyak macam nak terkeluar jer ekzos kereta tu. Mencelah sini sana tak bagi signal. LELAKI itu terlupakah ini bukan litar lumba?

Ada juga yang memandu perlahan. Bagus, tak nak pandu laju-laju. Nanti tak sempat break kan. Tapi LELAKI ini lupa kalau nak memandu perlahan keretanya harus di lorong perlahan iaitu lorong kiri, bukan kanan. Dia bukan sahaja membahayakan kereta yang laju di lorong memotong dan terpaksa brek kecemasan, tetapi dirinya sendiri.

Ada pemandu lelaki yang memandu perlahan di lorong kiri. Tetapi tiba-tiba darahnya menyirap kerana keretanya dipotong oleh pemandu perempuan. Segera dilajukan kereta untuk memotong kembali kereta pemandu perempuan. LELAKI, lorong kanan memang lorong memotong. Motif main kejar-kejar? Betul ada pemandu macam ni. Elle pernah kena. Psycho sangat okay.

Banyak lagi kes kemalangan yang berlaku dan yang Elle sendiri alami dengan pemandu lelaki dan perempuan. Apa yang Elle lihat, bukan jantina penyebab kemalangan. Kemalangan disebabkan kecuaian kedua-dua jantina dan tiada kerjasama sesama memandu. Kerjasama di sini Elle maksudnya mengalah. Kalau nampak ada kereta yang nak masuk ke lorong kita dan beri SIGNAL, apa salahnya kita beri ruang terutama sekali di jalan-jalan bottle neck (dari 3 atau 4 lorong menjadi 2). Ini tidak, masing-masing tak sabar. Dan baru-baru ni Elle kemalangan kerana Elle membawa kereta dengan perlahan untuk masuk ke satu simpang tapi pemandu kereta ini tidak mahu mengalah dan melajukan keretanya kerana tidak mahu memberi ruang pada Elle. Akibatnya keretanya bercalar dan dengan muka ketat dia mengatakan "This is my road". Tak mahu cakap banyak dan kerana kereta kami jalan tu menjadi sesak, Elle beritahu dia Elle akan bayar kerosakan keretanya. Ye, dia perempuan dan dia memandu kancil. Kalau KANCIL mengalah dengan KEMBARA yang ada kangaroo bar tu, kemalangan takkan berlaku. Dan dia bertuah sebab kereta Elle sangat perlahan and the best part is Elle sendiri tak sedar yang kereta kami berlanggar. Yang Elle tau tiba-tiba pemandu ni buat muka ketat memandang Elle. Haih! Teruk betul ego.

Selain dari kempen berhati-hati di jalan raya, Elle rasa elok kerajaan anjurkan kempen memberi signal. Dengar macam lawak kan tapi ini kenyataan. Banyak kemalangan yang berlaku sebab kereta bertukar lorong tanpa memberikan signal. Dan ini terjadi kepada dua-dua jantina. Semua pemandu tak dapat membaca fikiran masing-masing jadi tolonglah beri signal kalau nak masuk ke lorong lain. Kalau jarak di antara kereta jauh itu boleh dimaafkan. Tapi jarak di antara kereta sangat dekat dan pemandu yang tak reti guna signal ni main tukar jer lorong. Sangat-sangat merbahaya okay. Elle dah beberapa kali hampir kemalangan kerana hal ini. Apa yang susah sangat nak beri signal supaya tidak membahayakan orang lain dan diri sendiri. Dan ramai yang Elle tengok ialah pemandu LELAKI.

Elle tak boleh terima sikap lepas tangan sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka yang tidak mempunyai lesen dan di bawah umur memandu motorsikal sesuka hati. Baru-baru ni Elle hampir-hampir kemalangan dengan 2 orang budak lelaki yang Elle kira mungkin darjah 6 atau tingkatan satu. Mereka memandu laju ketika Elle sedang mengundurkan kereta. Elle beristighfar banyak-banyak sebab Elle cepat-cepat berhentikan kereta. Kalau tak memang Elle dah langgar dua-dua budak tu. Dah banyak Elle nampak kejadian sebegini. Sama ada ibu bapa tak tau atau buat-buat tak tau Elle tak pasti. Tetapi kalau kemalangan berlaku, ibu bapa juga akan salahkan kita walaupun anak dia bawah umur, memandu tanpa lesen dan memandu laju. Mereka akan kata "Anak saya baik orangnya." Haih! Anak yang baik takkan buat benda macam ni. Jangan lepas tangan dan menyusahkan orang lain. Nyawa anak tiada tukar gantinya.

Yang membuatkan perkara sebegini worse ialah mentaliti pemandu LELAKI terhadap pemandu PEREMPUAN. LELAKI selalu mengutuk pemandu perempuan dan mereka lupa ketika mereka sakit atau letih memandu, PEREMPUAN lah yang akan memandu. Girlfriend, tunang, isteri dan anak perempuan kamu. Daripada kita berbalah menyalahkan jantina penyebab kemalangan, lebih baik kita usahakan supaya semua pemandu sedar akan cara pemanduan mereka yang merbahaya. Di bawah adalah berita yang Elle baca di Utusan Online.

Disebabkan Bung Mokhtar cakap kebanyakan, kita bolehlah terima teguran Bung itu. Bukan semua pemandu perempuan kan Bung Mokhtar?

Pemandu wanita berbahaya?

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

3 comments:

Anonymous said...

MEMANG BETUL SGT APA YG DIKATAKAN OLEH BUNG. AKU SGT SETUJU! KALO KAU TAK SETUJU, KAU X PYH BAWA KERETA. MEMANG WANITA TERHEGEH-HEGEH DLM PEMANDUAN. KALO WANITA BAWA KERETA DEPAN KERETA AKU, AKU DAH TAU WALAUPUN 10 METER DI DEPAN AKU. CARA MEMANDU PUN AKU DAH TAU. BUAT MENYAKITKAN HATI JERRR!!!

Elle Elyssa said...

ada yang cakap orang yang control approval untuk blog dia tak nak approve komen mengutuk. ni bukti elle always approve semua komen. elle set approval sbb elle selalu miss komen yang masuk dlm blog ni.

thanks en anonymous sebab sudi melawat blog elle. ini pendapat masing-masing tapi fakta yang dah dikeluarkan menunjukkan bukan pemandu perempuan punca kemalangan berlaku. main reason is kecuaian dan sikap penting diri pemandu tu sendiri samada lelaki, perempuan atau unknown.

nak tergelak pun ada gak tengok komen en anonymous ni sebab semua capital letter menunjukkan en anonymous ni komen dengan penuh emosi. maybe baru lepas jumpa dengan pemandu perempuan yang annoying rasanya. nama pun tak nak letak kan. takpelah, hak masing-masing.

Anonymous said...

ada tak kenal mangsa kemalangan yang melibatkan wanita..kalu ada , saya nak minta contact number... nak mohon share pengalaman dia sewaktu kemalangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...