SPECIAL OFFER

Friday, March 18, 2011

Movie: Beastly





Dulu masa kecik-kecik, Elle suka tengok kartun Disney macam Cinderella, Snow White dan lain-lain. Antara semua heroin dalam kartun Disney ni, Elle paling suka Belle (Beauty and the Beast) dan Princess Jasmine (Aladin). Even dah dewasa macam sekarang pun, kalau ada peluang Elle masih suka tengok kartun-kartun ni.

Dan 2011, release satu filem bertajuk Beastly diilhamkan dari kisah Beauty and the Beast. Aktiviti menonton wayang kali ini ialah filem Beastly ni ler. Filem ini berdasarkan novel Beastly karya Alex Flinn (2007).
[From IMDB]

Beastly mengisahkan Kyle (Alex Pettyfer) anak kepada seorang pembaca berita yang terkenal. Kaya, handsome, bergaya dan sangat ler berlagak. Baginya rupa adalah segala-galanya. Sebab terlalu mementingkan rupa, Kyle selalu mempersendakan Kendra (Mary-Kate Olsen). Dalam suatu majlis, Kyle telah memalukan Kendra di khalayak ramai tentang rupanya yang hodoh dan bertatu. Apa yang Kyle tak tahu ialah Kendra sebenarnya ahli sihir. Kendra telah menyumpah Kyle menjadi buruk dan sumpahan itu hanya akan berakhir apabila ada seorang gadis yang menyintai Kyle dan mengucapkan 'I Love You' sebelum pokok bertatu di tangan Kyle berbunga. Maksudnya dalam masa setahun Kyle kena cari seorang gadis yang akan menyintainya walaupun rupa dia hodoh. Kerana rupanya juga Kyle telah disisih oleh ayahnya sendiri. Hiduplah Kyle bertemankan maid nya yang berasal dari Jamaica dan home school teacher yang buta. Cikgu buta nilah yang selalu buat lawak.

Kyle cuba mendekati Lindy (Vanessa Hudgens) dengan harapan Lindy akan menyintainya dan sumpahan akan berakhir. Korang boleh tengok macam mana Kyle yang tak reti nak melayan perempuan tu cuba pikat Lindy. Akhirnya,......... korang kena tengok sendiri ler... Ikut ler Kyle dapat usaha dia mencari cinta sejati.

Review dari IMDB bagi 5.1/10. Terpulang kepada korang nak bagi rating berapa tapi pada Elle, filem ni menghiburkan.  Kalau nak baca lebih lagi tentang filem ni, boleh baca di Wikipedia.

Watch the trailer.

2 comments:

ilhamny said...

lis review cita red riding hood plak nanti ek..mcm best jek, xsure dah dtg malaysia lom...

Alcaponco said...

itulah, nampak macam best. nanti dah tengok lis review kat sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...