SPECIAL OFFER

Wednesday, March 9, 2011

Movie: Drive Angry




Drive Angry? Memang pun tiap kali Elle drive especially pagi-pagi buta mesti drive angry. Tension jer masa driving. Macam-macam karenah pemandu di jalan raya ni. Bukanlah Elle ni perfect sangat feeling-feeling pemandu berhemah tapi tension betul dengan sikap pemandu jalan raya ni. Mentang-mentanglah Elle ni driver perempuan. Driver lelaki kan suka betul kutuk driver perempuan. Tapi memang betul pun ada sesetengah driver perempuan macam yang diorang kutuk tu. Lembab, tak cekap. Tapi.... dengar ya kawan-kawan, tak semua okay.

[Picture from IMDB]

Err... bukan entry ni sepatutnya pasal movie Drive Angry ke? Memang pun. Saja jer intro tu nak lepas geram jap. Takpelah entry lepas geram Elle post lain kali ye.
Aktiviti me'movie'kan diri bersama Mr Hall. Movie kali ni ialah Drive Angry. Mana der Elle buat tajuk entry lain tapi isi kandungannya lain. Betul tak? Lokasi pilihan di Queensbay Mall sebab dekat dengan ofis. Nak tengok wayang lepas ofis hour kan, jadi yang mana terdekat ler.

Ceritanya tentang John Milton (Nicholas Cage) yang dah mati dan masuk neraka. Confirm jahat. Uuhhhh jahatnya kamu....

Elle: Err.. Stacy.
Stacy: Yer?
Elle: Background music lagu Jahat tu dalam entry lain ye. Orang nak bercerita ni.
Stacy: Okay...

Halusinasi?

Berbalik pada cerita. Milton ni melarikan diri dari neraka dan kembali ke bumi untuk selamatkan cucunya dari menjadi korban pemuja syaitan, Jonah King (Billy Burke). Jonah King dah bunuh anak perempuan Milton yang menjadi salah satu dari pengikut Jonah. Masa mula-mula sampai ke bumi Milton berjumpa dengan Piper (Amber Heard). Piper secara tak sengaja terjebak dengan misi Milton menyelamatkan cucunya sebab tumpangkan Milton naik keretanya.

Dalam masa yang sama, orang kanan Syaitan (William Fichtner), datang ke bumi untuk bawa Milton balik ke neraka. Yang bestnya kalau orang tanya dia siapa, dia akan jawab 'I'm the accountant'. Akauntan neraka ler tu, yang mana jahat-jahat tu, dia bagitau berapa lama lagi dia akan jumpa diorang dalam neraka. Tapi kalau dengan polis dia cakap dia FBI. Kemas siap pakai suit lagi. Muka cool jer. Berjayakah Milton dan Piper selamatkan baby itu? Dapatkah 'Akauntan' itu bawa balik Milton ke neraka? Tontonlah di pawagam berdekatan. (Tiba-tiba rasa nak tampar diri sendiri sebab buat iklan camtu).

Sebelum tu ye, nak bagitau korang. Filem ini diklasifikasikan sebagai 18SG. Part potong tangan, kayu baseball tembus kepala, isi lutut terkeluar tidak dipotong. Adengan beromen dipotong jika menonton dipawagan. Kalau nak tengok sila download atau tunggu DVD original. (Konon kan tak support piracy). IMDB bagi rating 6.3/10. Jalan cerita biasa tapi Elle suka action dalam cerita ni. Tembak orang muka cool jer tapi perbuatan itu sangat ganas. Yang geli tengok tutup mata. Heroin dia pun ganas. Dah la hot ganas pulak tu. I like! (Bukan, saya bukan lesbian). Filem ni juga available dalam 3D tapi hari tu kitorang malas nak tengok 3D sebab dah sedia pening kepala. Yang penting Elle dan Mr Hall enjoy citer ni walaupun Mr Hall belum pulih dari mengatakan dirinya 'Number Four' selepas tengok cerita I Am Number Four. Motif?

Review dari IMDB.
Storyline dari Wikipedia.
Tonton trailer / Watch the trailer.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...