SPECIAL OFFER

Sunday, March 13, 2011

Movie: Hikayat Merong Mahawangsa





"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad menjadi satu,
Hidup mati jadi bersama..."

Inilah gurindam yang bermain sepanjang filem ini. Gurindam yang sering bermain di bibir Merong. Pantun ini diturunkan oleh Lang (Umie Aida), ibu kepada Merong terhadap dirinya. Sebagai salah seorang dari peminat KRU dari album pertama mereka 'Canggih' hinggalah sekarang, Elle sangat teruja untuk menonton filem ni. Lagipun Elle mahukan kelainan dari filem-filem tempatan. Balik-balik cerita seram. Bosan okay! Bukan peminat jer teruja tunggu filem ni, even KRU dan produksi sendiri pun ternanti-nanti sambutan yang akan diberikan pada filem ni.
[From google]

Jadi, aktiviti menonton movie kali ni ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Sebuah filem epik selepas Puteri Gunung Ledang. Bila Elle tonton filem ni, tak terasa langsung macam menonton filem tempatan. Rasa macam karya dari luar. Tahniah kepada Yusry dan semua produksi. Review yang Elle baca pun banyak yang memuji filem ni. Rasa puas dapat menonton filem ni di wayang. Walaupun ada sedikit cacat cela here and there but overall is very good. Banyak lagi sebenarnya yang boleh diolah oleh Yusry tapi time limit yang diberikan untuk filem tempatan mungkin menyekat idea kreatif Yusry. Very good effort. Memang layak dibawa ke peringkat antarabangsa.

Filem ini tentang dua empayar, Rom dan China, yang ingin menyatukan anak-anak mereka, Putera Rom (Marcus lakonan Gavin) dan Puteri China (Meng Li Hua lakonan Jing Lusi). Mereka akan diketemukan di tempat perdagangan terkenal di Langkasuka. Di Goa, rombongan Rom berjumpa dengan Merong (Stephen Rahman) dan mengajak Merong membawa mereka ke destinasi yang di tuju. Setibanya di sana, puak lanun Geruda yang diketuai oleh Taji (W. Hanafi Su) dan Kamawas (Khir Rahman) yang terkenal dengan sihir dan kebal datang menculik Puteri China dan dijadikan tebusan. Selepas diserang Garuda, Merong telah diselamatkan oleh Pak Kesum (Rahim Razali) dan anak angkatnya yang kemudiannya menjadi isteri Merong, Embok (Ummi Nazeera). Kesum telah mendapat amanat semasa bertapa bahawa akan datang seorang raja yang akan menyatukan dua puak dan raja itulah yang akan membebaskan mereka dari kesengsaraan ditindas puak Geruda. Setelah menjadi raja kerajaan Langkasuka, Merong menjadi ketua menyerang puak Geruda dan menyelamatkan Puteri China.

Elle puji filem ni. Memang satu kelainan dari filem-filem keluaran tempatan. Barulah dapat tengok scene bertarung yang betul-betul bertarung. Kalau filem-filem lain berlawan macam tak ikhlas jer. Cuma filem ni kurang part dramatik dan penghayatan yang meruntun jiwa. Overall memang terhibur. Elle suka watak Merong yang naughty dan selamba. Kepada sesiapa yang belum menonton tu, pergilah menonton di pawagam. Tak rugi beli tiket wayang untuk filem ni. Sebab bila korang dah tengok dalam TV dah lain feelnya. Enjoy ya.

Nak tau lebih lagi pasal filem ni boleh melawat official website Merong Mahawangsa
Watch the trailer.
[Offical Trailer - Malay]

[Extended Version]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...