SPECIAL OFFER

Saturday, March 12, 2011

Why am I blogging?



Terpanggil nak buat entry ni selepas baca entry Cik Dya.

Since when did I start blogging? Ada Elle tulis dalam first entry dalam blog ni tapi Elle akan cerita lebih lagi kali ni. First blogging bukan dalam Blogger. Mula-mula tulis blog dalam Xanga. Masa tu ramai kawan-kawan Elle dalam Xanga. What will you get from reading other people blog? You'll feel like you are close to that person even when you barely know him/her. Dan elle paling suka baca blog kawan-kawan sendiri. Dah berpisah bertahun tapi rasa macam dia sentiasa dengan kita. Kita tahu updates dalam hidup dia. Sampai sekarang ni pun, Elle masih mengikut perkembangan kawan-kawan Elle dari blog dan juga facebook. Bukan kawan-kawan jer ye Uols. Sedara mara Elle pun.


First Elle start blogging dalam Xanga. Start dalam March 2004. Elle lebih suka identity yang anonymous. Haper? Bukan Nostradamus yang, anonymous. No real picture and no real name. Kenapa? Entahlah, more to privacy. Blog tu fully in English. Elle ambil kesempatan blogging dalam English untuk improvekan lagi English. Dan Elle pun dari sekolah rendah suka menulis. Jenis karangan yang Elle paling suka masa sekolah dulu ialah karangan bebas. Wah! Kemain lagi mengarang feeling-feeling Novelis. Tapi Elle memang ada juga tulis cerita yang tak pernah diterbitkan jadi novel pun. Just orang terdekat jer yang baca. Ada lagi cerita yang Elle tulis tu tapi tu zaman guna disket. Mula-mula tulis atas kertas. Pastu taip balik dalam komputer dan save dalam disket. Pastu hamek kau disket orang dah tak guna pun sekarang ni dan disket tu pun dah dimakan virus. I hate you virus.

Dalam October 2004, Elle buka akaun dalam Blogger. Tapi lebih kepada nak simpan cerita-cerita best yang Elle baca dalam Internet. Inilah blognya, Elyssa Stories. Banyak cerita-cerita menarik yang Elle kumpul. Kalau nak baca bolehlah baca. Tapi Elle tak letak kredit atau reference dari mana Elle ambil cerita-cerita tu. Ada sesetengahnya dari email forward.

Aktiviti blogging ni memang salah satu dari hobi Elle tapi Elle aktif masa tengah study dulu. Sekarang ni dah keje, jarang dapat blogging. Kadang-kadang jer lepas letih mengadap kerja dan ada masa terluang sikit, baru Elle dapat blogging. Tapi jarang sangat. Selalunya blogging di rumah. Tapi bila Elle buka blog ni dan start blogging balik, Elle rasa gembira sangat. Few years back, diri Elle ibarat jigsaw puzzle yang berkeping-keping hilang dan terpisah dan sekarang Elle kumpul balik sekeping-sekeping kepingan puzzle tu dan membentuk diri Elle semula. (Korang faham ke maksud Elle). Meaning I was broken into pieces and now trying to search back for my missing pieces. Jadi blogging ni adalah salah satu dari missing pieces yang Elle jumpa kembali.

So, thanks kepada yang sudi melawat blog Elle ni. Walaupun dah lama blogging tapi bila start balik blogging setelah beberapa tahun ni, Elle ibarat newbie dalam dunia blog. Kepada bloggers di luar sana, mari kita mem'blogging'kan diri.

2 comments:

nothing substantial said...

it'd be lovelier if you could organize your thoughts into points to make it easier for others to follow what you're trying to say.

why do i blog?
1. keep track of old buddies
2. improve my command of english
3. find back myself through the years

see? aint that clearer? i could get the gist of your writing almost immediately after glancing at your blog.

Alcaponco said...

yeah, that would be better. but i was more to reminisce when did i start blogging.
thanks for the comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...