SPECIAL OFFER

Thursday, April 7, 2011

Elle and Music Player





Music player peneman hidup Elle dari dulu sampailah sekarang. Dari zaman walkman sampailah ke zaman mp3. Bila dikenang kembali, setiap music player ada kenangannya sendiri especially cara Elle dapatkannya. Bermula dengan zaman walkman, walkman pertama yang Elle dapat ialah walkman Daddy sebenarnya. Siap boleh record lagi. Kira bukan walkman pertama la sangat kan. Okaylah, walkman pertama yang betul-betul milik Elle ialah Panasonic Shockwave.

[Picture from google. same model but mine looks better]


Elle ingat lagi masa Courts Mammoth baru buka kat Bukit Jambul dulu, ramai orang beratur panjang termasuk besties Elle, Siti dan Kart, untuk beli few items termasuk walkman dengan harga RM1 sahaja okay. Elle temankan diorang tapi Elle tak nak beli walkman tu. Bukan sebab brand cap ayam, tapi kalau Elle beli walkman tu, tak dapatlah Elle minta walkman Panasonic Shockwave yang Elle idam-idamkan itu. Rasanya masa tu umur Elle 13-15 tahun tapi tak ingat yang mana satu. Elle kumpul duit lebih belanja sekolah tu untuk dapatkan walkman idaman Elle tu. Akhirnya kini pasti, Elle dapat juga beli menggunakan duit simpanan plus duit yang ditambah oleh Daddy. Thanks Dad! Elle ingat lagi perasaan teruja masa tu. Elle pilih walkman yang berceloreng macam askar berwarna biru dan light gray. Sayang sangat dan Elle tahu walkman tu sekarang ada kotak di dalam stor. Haih!

Selepas walkman kesayangan ni diusung merata-rata sampailah ke zaman kolej. Rasanya maybe semester kedua atau ketiga Elle target untuk beli discman. Yelah, dulu zaman kaset kan. Masa tu mana ada cetak rompak lagi atau download dari internet. Korang budak-budak sekarang memang beruntung. Dulu nak beli kaset pun kumpul duit. Tak pun Elle dan besties Elle akan beli kaset yang masing-masing tak ada then kitorang akan bertukar kaset. Jimat sket kan. Ops sorry, berbalik pada discman. Elle nak sangat beli discman dan masa tu Elle study di Langkawi. Kata Langkawi tax free. Jadi bermulalah pengembaraan mencari discman dan akhirnya Elle jumpa satu discman yang Elle suka sangat. Sebab boleh main CD-R sekali. Memandangkan birthday Elle cuma beberapa hari saja lagi, Elle pun mintalah discman Sony tu sebagai hadiah birthday. And...... thanks Daddy for my birthday gift. ;p


Habis zaman walkman dan discman datanglah pulak zaman mp3 player. Masa ni Elle dan di tahun akhir Diploma. Elle pun kumpul duit dan beli MP3 player berjenama cap ayam, 128MB. Teruja sangat. Dan bila Elle mula kerja, Elle dapat juga beli MP3 player yang Elle minat iaitu...... tadaaa.... Ipod Shuffle. Warna pink lagi Uols! Dan Ipod Shuffle ni pun Elle beli dengan duit sendiri dan menjadi teman Elle sampailah sekarang. Elle dan muzik tak dapat dipisahkan. Even Elle pernah cakap kat seseorang,
"People come and go but music always stay"
[MP3 cap ayam yang menjadi peneman Elle time study dulu]
[My Ipod Shuffle]

4 comments:

hazwani ghazali said...

walkman cap ayam aku tu tahan 2 yrs jg tau.haha..

Alcaponco said...

hehehe.. kenangan tu wei. beratur panjang2

Anonymous said...

simpan lagi ek!

Elyssa said...

still simpan lg. cd player tu still ok. mp3 player dah rosak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...