SPECIAL OFFER

Sunday, April 24, 2011

Suka Donut Tak?





Saper suka makan donut angkat tangan. Dunkin Donut ke Big Apple ke JCo? Donut pun nak yang ada nama jugak ke? Donut kak Kiah ko tak mau ke? Donut-donut yang jual kat gerai tu sedap jugak makan untuk breakfast tak pun minum petang. Tapi donut yang Elle tengok ni bukan makanan okay uols, ini drama Donut kat Astro Ria. Suka sangat. Dah tengok banyak kali pun tak boring. Elle suka tengok keletah Sheila Rusly. Walaupun Sheila ni terkenal dengan mulut laser Elle tetap minat lakonan dia yang meletup tu.

Tak pernah tengok drama ni? Takde Astro? Drama ni dah banyak kali juga ulang tapi Elle suka sangat tengok. Citer nyer gini. Donut adalah gelaran yang diberi pada lelaki lembut aka hadek-hadek ni. Elle tak hafal pulak nama2 watak ni. Kalau tersalah nama korang bagitau ye. Cerita pasal Rahmah (Amyza Adnan) yang datang dari kampung. Dibawa oleh adik dia Shak (Fizz Fairuz). Ramlah ni pekerja baru di kedai kepunyaan Zee (Norman Hakim). Di kedai ni pulak ada 2 orang pekerja Nita (Sheila Rusly) dan Jay. Nita bagi gelaran donut pada lelaki lembut dan selalunya yang dijadikan bahan gosip tu ialah bos diorang, Zee.


Nita ni pula mula la masuk jarum, ceritakan pada Rahmah yang dia yakin adik Rahmah, Shak tu donut. Jadi bila Shak yang bekerja sebagai pramugara tu fly, diorang pun curi-curi masuk nak siasat tentang Shak yang dikatakan donut. Sampai ke satu hari tu, diorang berdua skodeng majlis paperdoll yang dianjurkan oleh Shak. Banyak le donut yang buat persembahan dan majlis tu sebenarnya untuk kebajikan. Nita yang sibuk merakam ni terkejut bila tengok laki mudanya yang dicanang-canangkan lelaki tulen tu tengah drag sambil buat persembahan.

The next day, selepas kantoi Nita dan Jay yang suka bergosip pasal boss ni, Zee suruh diorang minta maaf dan habiskan donut yang berkotak-kotak tu sebagai hukuman. Nita yang ego ni tak nak makan dah terus berhenti kerja. In the end tunjuklah Shak hantar kad jemputan kawen pada Nita yang dah bercerai dengan suaminya dan bekerja jadi pelayan di restoran.

Memang keles sangat lakonan diorang termasuk Norman Hakim yang jadi lembut tu. Elle memang ramai kawan yang tergolong dari kategori donut ni. Banyak juga istilah yang diorang guna tu Elle tau sebab diorang yang ajar. Bagi Elle, memang betul diorang terpesong dari jadi lelaki sebenar. Tapi dari pengalaman Elle kenal golongan macam ni, betul diorang lembut tapi tak semestinya diorang berminat pada lelaki. Ada juga beberapa kenalan Elle yang perwatakannya lembut tapi dah kawen dan ada anak jugak.

Pada golongan donut yang memang naluri mereka nak jadi perempuan tu Elle memang tak pernah pandang hina pada diorang macam orang lain. Bukannya Elle galakkan diorang merubah diri menjadi perempuan. Tak patut orang herdik, hina, kutuk dan keluarkan kata-kata kesat pada diorang. Kalau nak berdakwah ada caranya. Bukan main tibai macam tibai roti canai tu. Dan selalunya orang yang tibai ni tak pernah nak memahami diorang. Tak kisah le donut ke budak-budak lain yang rosak ke. Ada caranya. Kalau korang terus hina diorang, kutuk diorang, hati diorang takkan terbuka untuk berubah. Contohnya, kalau seorang budak tu parents dia selalu marah cakap dia budak jahat. Orang lain pun herdik dia dan cakap dia budak jahat. Lama kelamaan, dia akan percaya yang dia budak jahat dan terjerumus ke jalan yang menghancurkan hidupnya.

Ingat, cara Rasulullah SAW berdakwah, tidak pernah sesekali menghina atau mengutuk seseorang itu. Malah Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang baik pada mereka. Kalau nak menegur tu biar elok-elok dan cara yang halus. Berbalik pada donut tadi, memandangkan Elle dah banyak berkawan dengan golongan macam ni, Elle tau yang kita tak boleh judge sesuatu yang kita tak faham sebab kita akan buat andaian sendiri. Tak semestinya lelaki yang jaga penampilan, berpakaian kemas, pergi spa buat facial dan pakai mandian aromaterapi tu homoseksual.

Ada perbezaan ye kawan-kawan antara metroseksual dan homoseksual. Homoseksual tu gay dan metrokseksual tu lelaki yang menjaga kebersihan dan penampilan diri. Mr Hall pun termasuk dalam golongan lelaki metroseksual. Pergi facial dengan Elle sama-sama, shopping barang-barang penjagaan diri sama-sama. Yelah, ko nak awek ko cantik, bersih dan jaga penampilan tapi diri kau sendiri tu dah tahap tong sampah. Layak ke? Tak semestinya lelaki tu kena masuk kategori metroseksual, cukup sekadar kemas dan bersih. Malah beberapa orang cousin Elle pun termasuk antara lelaki yang kemas. Cara berpakaian, bilik diorang fuh... malu orang perempuan kalau tengok bilik diorang. Yang diorang bagi masuk pun bukan semua orang tau. Yang stok sepahkan bilik, ambil majalah tak reti susun balik memang dia letak no entry kat pintu bilik dia.

Tapi best jugak kawan dengan golongan donut ni. Yang mana naluri dia terpesong tu sah-sah kau tau kau selamat keluar berdua dengan dia. Ramai di kalangan diorang ni berjaya, berpangkat besar, bijak dan berbakat. Pandai lak tu bab mekap dan fashion. Nak timbulkan kesedaran tu memang susah tapi diorang lagi susah kalau diorang nak berubah, orang tetap akan pandang serong dan tak nak tolong. Yang orang tau sisihkan diorang dan mengutuk. Haih! Apa salahnya kita tolong orang yang nak berubah? Bukan susah pun kan. Masing-masing ada pendapat sendiri dan ini luahan dari kaca mata Elle. Tak kiralah kurus ke gemuk ke donut ke tepanyaki ke, yang penting semuanya ciptaan Allah SWT dan janganlah sesekali korang menghina orang lain yang tak sama dengan korang.

Nantuklak. Tidur dulu ye.

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksu de member golongan donut nih sorang..x abis2 suruh ksu carikkan gepren kat dia..baik sgt orgnyerr..muka leh tahan encem, tapi bila ngorat pompuan x penah dapat, maybe sbb lembut lembai kot...sian dia

Elyssa said...

yelah, nampak cam donut tapi ramai yg straight sebenarnya. member elle sorang tu lembut jugak tapi dah kawen pun. mmg elle tau dia dapat jaga wife dia dgn baik sbb kat ofis dulu pun dia dah ibarat abg yg sgt baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...