SPECIAL OFFER

Sunday, May 1, 2011

Movie: Thor





Sempena Elle mengalami beberapa siri sakit perut ni, Mr Hall yang penyayang (battling eyes) telah membawa Elle keluar dari rumah setelah beberapa hari terperuk di rumah. Untuk menggembirakan hati Elle, Mr Hall bawa Elle tengok filem Thor. Kitorang memang ternanti-nantikan filem-filem dari hero Avengers ni. Hulk, Ironman dan sekarang Thor. Lepas ni Captain America pulak. Mr Hall cakap movie Avengers next year.


[Pic from Wikipedia]



Filem Thor mengisahkan pahlawan yang bernama Thor (Chris Hemsworth) seorang waris kerajaan Asgard yang sombong, degil dan angkuh. Kedegilannya menyerang Jotunheim yang didiami oleh puak Frost Giants. Raja kerajaan Asgard, Odin telah mengambil senjata atau sumber kuasa utama mereka semasa peperangan sebelum ini untuk menghalang puak Frost Giant dari menguasai kesemua 9 alam bermula dengan bumi. Kerana kedegilan Thor, bapanya Odin Alfather telah menghalau Thor ke bumi dan menarik semua kuasa yang ada padanya. Thor kini seperti manusia biasa. Dan King Odin juga telah membuang bersama tukul besi dipanggil Mjolnir ke bumi. Setelah Thor layak mendapat semula kuasanya, Thor akan dapat memiliki semula Mjolnir. Sementara itu, Mjolnir terlekat pada rekahan batu yang sesiapa pun tak boleh mengambilnya.

Di bumi Thor berjumpa dengan Jane (Natalie Portman), pembantunya Darcy (Kat Dennins) dan mentornya Dr Erik Selvig (Stellan Skarsgard). Kecewa dibuang bawanya dan gagal untuk mencabut Mjolnir dari rekahan batu kerana sudah hilang kuasa, Thor belajar untuk menjadi seorang yang penyabar dan menghabiskan masa bersama Jane. Thor juga kecewa apabila Loki (Tom Hiddleston), adiknya turun ke bumi dan memberitahu Thor yang bapa mereka sudah meninggal dunia. Tanpa pengetahuannya, Loki sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Apa agenda Loki dan siapa Loki sebenarnya? Korang kenalah tengok di pawagam.

Kalau nak tahu keseluruhan cerita, boleh baca di Wikipedia. IMDB bagi 7.8/10. Korang bagilah rating sendiri selepas tengok. Elle suka sangat tengok filem ni dan tak sabar nak tunggu captain america dan filem The Avengers tahun depan.  

1 comment:

Mambang Terbang said...

wahhhh...mcm best jeee....igtkan leh download movie die...ehehehe...ape2 pun follow mambang back :)

http://violencexx.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...