SPECIAL OFFER

Monday, May 9, 2011

Selamat Pengantin Baru Zetty!





Kejap jer masa berlalu. Seorang lagi kawan rapat Elle melangkah ke alam baru. Few months back, Elle pergi kenduri dan MC tu panggil pengantin perempuan Puan Intan, masa kenduri ni Puan Zetty pulak. Puan wei Puan. Aku Cik lagi. Elle tenanti-nanti kenduri Zetty ni sebab Zetty salah seorang dari kawan rapat Elle. Jadi pada 5 May 2011, Zetty selamat diijabkabulkan bersama suaminya Rozaimi dan majlis resepsi diadakan pada 6 April 2011 di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang.


What I like about this wedding? Simple but nice. Theme pilihan Zetty ialah silver dan pink. Masuk saja dalam dewan Elle tertarik dengan hiasan meja makan pengantin dan hiasan di belakangnya. Ketibaan Zetty dan Rozaimi disambut dengan kompang dan juga selawat. Doa majlis ini dibaca oleh Iman Masjid Bayan Baru. Tak ingat pula apa namanya. Makanan dari catering Umi Sheqa, memang sedap. Tambahan kepada hidangan nasi ni ialah kambing panggang plus macaroni, satay ayam dan juga bubur pulut hitam. Terliur uols. Exicted sangat masa tengok Zetty dan Rozaimi di atas pentas yang menempatkan meja makan pengantin tu. Siap ada nyanyian dari penyanyi profesional dan mainan biola lagi. First kenduri Elle tengok buat camtu. Yelah, korng maybe pernah tengok tapi setakat kenduri yang Elle pergi ni Elle tak pernah tengok. Nampak esklusif sangat.


[Gambar-gambar pre wedding menyambut ketibaan tetamu]
  
[Bergantungan di sepanjang red carpet... nak bawa balik tapi tak boleh]
[Meja makan pengantin. Hiasa kat belakang tu le yang Elle berkenan]

Kek kawen pun cantik sangat ada butterfly. Mulanya Elle nak balik awal sikit sebab Mr Hall kan jauh, nak balik ke seberang tapi lepas tengok Zetty dengan mata Puss dalam Shrek tu minta kitorang tunggu acara potong kek, kitorang pun tunggu ler kejap. Sambil tunggu tu Elle dan Mr Hall lepak di meja Nazia dan Oyah. Dah habis acara potong kek dan sesi bergamba dengan member-member lama, Elle dan Mr Hall pun pulang ke rumah masing-masing.


[Pasangan Pengantin yang Ceria]

[Kek kawen butterfly Uols]
 Tahniah elle ucapkan sekali lagi pada Zetty dan Rozaimi. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

3 comments:

Jay said...

tahniah ..semoga kekal ke akhir hayat..

Unknown said...

weh ade ke patut cakap mata aku ala puss dalam shrek tuh... hehehe lawak sangat... wey thanks so much for attending.. aku appreciate most of my close friend are there... nanti kita tunggu giliran Nazia plak.. kita SERBU!

Elyssa said...

aku nak serbu kenduri kawen nazia dgn kompang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...