SPECIAL OFFER

Tuesday, May 31, 2011

Wanita Kerja Malam - Awas Payudara Anda





Thanks Bro Hasrul sebab share info ni. Ell sebagai perempuan memang titik beratkan perihal kesihatan terutama sekali sejak Ell selalu sakit kebelakangan ni. Ini pun rasa sakit kat mata macam kena masuk kuman tapi masih boleh mengadap komputer. Ell sebolehnya nak elak bekerja shift malam. First, sebab keselamatan. Kalau siang tu lapar boleh keluar sorang-sorang beli makanan tapi kalau shift malam ni kalau keluar sorang-sorang, ada jugak yang nanti tak balik-balik dah. Minta simpang. Ell pun bukannya tahan sejuk. Kalau siang pun duduk dalam aircond dah tak tahan sejuknya, malam lagilah. Tidur dalam bilik pun Ell buka aircond kejap je nak sejukkan bilik. Lepas tu mesti tutup dan guna kipas sahaja.


Kredit to Bro Hasrul yang kongsi info pasal kajian ni. Kat bawah ni adalah info dari entry beliau.

Dan lagi satu bahaya, yang saya pun baru tahu adalah mengenai payudara seorang wanita! Oppss ... ohh bukan niat nak melucah .... tapi ini merupakan satu fakta kajian yang ingin saya kongsikan kepada anda semua.

Seseorang wanita yang bekerja syif malam - jururawat, pekerja kilang, juruwang, dan pramugari merupakan golongan yang cukup mudah diserang kanser payu dara. Suasana malam berbeza dengan waktu siang dimana cahaya matahari membantu sesetengah hormon dirembeskan. Namun ada sesetengah hormon yang hanya dapat dikeluarkan pada waktu malam.

Kajian oleh Institut Kanser Epidemiologi di Copenhagen, Denmark, mendapati wanita berumur antara 30-54 tahun lebih mudah menjadi mangsa. Dr Johnni Hansen yang menjalankan kajian itu ke atas lebih 7,000 wanita, mendapati lebih separuh yang mengidap kanser payu dara adalah mereka yang selalu bekerja malam

Hormon melatonin hanya boleh dirembeskan di waktu malam (waktu gelap tanpa cahaya) tapi pengeluarannya tentulah terganggu oleh cahaya lampu. Kekurangan melatonin dalam badan memberi peluang sel barah mudah tumbuh. Keadaan menjadi bertambah buruk bila cahaya lampu juga menjadikan paras estrogen meningkat.

Ia menjadi penyebab utama kanser payu dara. Wanita tidak patut dibiarkan bekerja malam kerana risiko diserang barah payu dara adalah tinggi. Ini menurut kajian yang telah dijalankan 8 tahun dahulu. Jika ianya benar, maka sebagai salah seorang yang dah tahu akan hal ini, maka sila ambil ingatan ... dan mungkin boleh beritahu pada yang tak tahu. :) 

Tetapi kalau kerja dalam gelap .... rasanya ok kot ...... hehehehe.....

Sumber diambil dari entry Hasrul Hassan:

Tapi kan Bro Hasrul, kalau buat kerja dalam gelap tu karang rasa seram pulak. Jadi seeloknya kaum perempuan, elakkan dari kerja malam. Kalau dah terpaksa sebab nak cari rezeki nak buat macam mana kan. Maybe kena lebihkan dalam menjaga kesihatan.

4 comments:

Unknown said...

terima kasih la share haha... masa memberitahu satu rumah! yahoo~

Kyra said...

thanks for sharing such a great info dear.

Abu Bagi said...

huhu kena selalu berhati hati :D

Elyssa said...

no problem. sharing is caring

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...