SPECIAL OFFER

Thursday, June 9, 2011

KL Part 1 - Midvalley, POTC dan Delicious








Wah! Dah lama sangat Ell tak bercuti dengan family dan percutian kali ni sangat best. Paling best masa dapat jumpa lovely couzie D'Adza. Tido kat concorde Shah Alam sebab senang nak tengok diorang tu. Lagipun asyik tido Hotel Vistana jer, nak jugak tukar tempat lain. Kitorang bertolak dari Penang hari Sabtu, drive berganti-ganti dengan Daddy. Maklumlah, Daddy bukannya larat sangat nak drive. So, dengan bantuan Garmin, kitorang pun berjalan-jalanlah kat KL selama 4 hari. 4 hari punya cerita maka ada banyak le part Ell akan post.

Day 1:


Hari pertama, kitorang check in di Hotel Concorde Shah Alam. 4 hari 3 malam tido kat situ. Bilik memang selesa. Tapi sayang tak dapat pemandangan yang mengadap masjid Shah Alam tu. Lepas masuk jer dalam bilik, semua dah terbongkang tido. Letih la katakan.

[Waiting space in Lobby]




 Dah petang sikit, baru masing-masing mengelupur kelaparan. Jadi semua bersiap dan menuju ke Bangsar Village. Mimin le nak datang sini bawa kitorang since kitorang tak pernah pun datang sini. Kitorang pun pergi ke restoran Chawan untuk lunch. Kononnya lar, lunch la sangat kan pukul 4 petang dah nak masuk 5. Ell tak sempat ambil gambar sebab dah kelaparan tahap Barbarian. Memandangkan tiada gambar dari Ell, terima ajelah gambar ehsan dari google. Klik ke gambar akan bawa korang ke link gambar tersebut diambil.




Window Shopping kejap kat Bangsar Village. Pastu kitorang pergi MidValley. Dah lama tak pergi sana sebab selalu pergi mesti takde parking. Untungnya pergi hari tu sebab diorang buat promotion filem Pirates of the Carribean: The Stranger's Tide. Tahan nangis sebab tak dapat tengok lagi. Bermulalah episod mari bergambar.
[Costume Jack Sparrow]

[Map to fountain of youth]

[Replika harta karun]



[Replika kapal The Black Pearl]

Sempat lagi singgah di Delicious untuk lepak-lepak dan minum.

[Peach & Banana Crumble with Vanilla Ice Cream - RM10.90]

Dah penat jalan tu, kitorang cepat-cepat nak balik hotel sebab nak tengok D'Adza perform. Sayangnya dapat tengok dari jauh jer sebab tempat penuh dan takde tempat kosong. Hanya mampu melambai-lambai dengan diorang dari kejauhan. Cedih. Sebab sedih tak dapat jumpa, kitorang naik tido. (Drama kasi lebih)

Kalau korang nak tengok menu beserta harga di Restoran Delicious, korang boleh melawat Official Website Delicious.

Apa lak aktiviti kitorang hari seterusnya?

4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksu slalu lapak dkt chawan tu, sbb dkt sebelah chawan tu atasnya ada salon waxing kegemaran ksu..

Elyssa said...

wah! salon waxing. mahal x kat situ?

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

x mahal lis..kalau eye brow just RM5 jek, dan kalau under arm RM15-20 jek... artis2 ramai wat kat situ, slalu tersempat fasha larr, sazzy larr... waxing larr kan, kita kan brand byk rerambut..hehehe

Elyssa said...

betul tu... rerambut kita sgt subur. LOL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...