Baca KL Part 1.
Day 2:
Pagi-pagi lagi Daddy dah gerak kitorang 3 beradik untuk pergi breakfast di Melting Pot. Breakfast free kan, kalau tak pergi rugi. Nasib baik pagi ni rasa fresh. Kalau tak memang malas nak turun. Ell turun bawah pun tak bawak fon jadi takdelah gambar breakfast kitorang tu. Tapi makanan kat Hotel Concorde ni sedap. Nasi Lemak dan Bihun goreng dibungkus comel. Kata buffet, makan sikit-sikit ler baru boleh rasa semua makanan yang ada. Danny pulak macam biasa, kalau pergi hotel mesti nak breakfast cereal milo dan honeystar. Tapi pandai pula dia makan bihun goreng ngan Mimin. Makanan memang cepat habis sebab ramai sangat orang. Cuti sekolah kan. What do you expect?
Selepas breakfast, anak-anak yang kekenyangan ni pun naik le ke bilik hotel untuk mandi. Tengah hari nak makan apa ye? Kitorang ke Cyberjaya untuk singgah ke rumah Mimin. Nak hantar barang-barang dia yang penuh kereta.
"Kau ingat kau tu Paris Hilton ke Mimin?"
"That's hot!" Jawab Mimin dengan gaya Paris Hilton.
Kitorang pun singgah di Restoran Saba di Cyberjaya. Selalunya kalau datang Cyberjaya family Ell memang suka lunch di sini. Makanan Arab ler lunch hari ni. Orang pun ramai jugak lunch kat sini.
[`Mari tengok menu] |
[Shish Tawouk] |
[Lamb Soup] |
[Grilled Chicken with Rice] |
[Dapat tengok dari jauh pun jadilah] |
Baca KL Part 3.
No comments:
Post a Comment