SPECIAL OFFER

Wednesday, August 17, 2011

Ell dan Dunia Baru

Dunia baru Ell yakni bukan Dunia Baru the Movie atau Dunia Baru the Series. Kalau ada yang dah tahu tu, Ell sekarang ni bukan lagi di Penang. Ya, saya bukan lagi di Pulau Kezambo. Ell telah mengambil satu keputusan yang Ell dah lama rancang sebenarnya tapi tak pernah dapat green light dari Daddy dan Mummy. Nak buat apa-apa kena minta restu dulu. Nasib baik diorang merestui pilihan hatiku, Mr Hall.

*Bercakap dalam hati*

Maka di tempat baru, ramailah yang bertanya,

"Kenapa datang kerja jauh-jauh kat sini? Kenapa tak kerja kat hometown je?"

Meh sini nak cerita.

*Tertanya-tanya dalam hati, perlu ke aku explain apa yang aku buat kat orang lain? Explain jerlah, especially kepada mereka yang ada PHD. Siapakah itu?*

BERDIKARI

Kitorang adik beradik jenis family type. Kalau kat Penang tu Ell banyak keluar dengan family je. Jarang keluar dengan kawan-kawan. Another reason is, masing-masing busy. Tapi keinginan kitorang untuk berdikari tu tinggi. Sebab tu lepas SPM bila nak further study, kitorang minta yang jauh. Ada sesetengah orang jenis yang homesick. Tak boleh berjauhan dengan rumah. Tapi berbeza dengan kitorang adik beradik. Alasan utama kitorang, nak berdikari.

Betul, bila tinggal dengan family lagi senang. Rumah dah ada, tak payah bayar sewa. Makan pun boleh makan masakan ibu. Kalau gaji dah tinggal sikit dan berstatus sengkek, boleh mengharapkan Daddy. Tapi aku nak jadi matang. I want to grew up. Bila kita terlalu selesa dalam comfort zone, banyak benda yang kita tak belajar dalam hidup ni. Apa yang Ell cakap kat atas tu semuanya Ell dah rasa. Rumah dengan ofis dekat. Lunch boleh balik makan kat rumah. Time sengkek tu duduk je la kat rumah. Nanti kalau family ajak keluar makan, bolehlah makan sedap-sedap. Tidur pun tilam empuk dan selesa. Tak payah fikir pasal duit sewa rumah. Tambang pergi keje pun berapa la sangat. 15 minit dah sampai ofis. Selesa kan?

Selain daripada gaji yang ciput dan susah nak cari kerja, salah satu sebab yang lain ialah Ell nak berdikari. Berhijrah je ke KL ni banyak yang Ell belajar. Walaupun Ell terpaksa susah sekarang ni sebab baru nak mula hidup, Ell bersyukur dengan keputusan yang Ell lakukan ni. Banyak yang Ell belajar. Ell belajar pasal room hunting, macam mana nak travel dari rumah ke ofis, belajar cari makanan sendiri dan banyak lagi pengalaman hidup yang menanti. Ell akan buat kesalahan tapi dari situlah kita belajar. Berjauhan dengan family bukan bermakna Ell tak sayangkan family. Giler dowh tak sayang family melainkan family kau psycho. Itupun masih jugak ahli keluarga sayang. Bila berjauhan kita akan merindui. Rindu itulah yang akan mengeratkan lagi kasih sayang dengan keluarga sebab jarang-jarang jumpa. Ini tiap-tiap hari mengadap muka ada je yang tak kena.

Ell kat sini bukan sebatang kara. Ell ada Mimin, Mr Hall dan sedara mara yang lain di KL. Ell nak minta maaf kalau ada yang terasa hati sebab tak bagitau yang Ell dah berhijrah ke KL. Ell baru nak bina hidup yang tak stabil lagi ni, jadi biarlah siapa yang tahu tu tahu. Sebab kalau tahu Ell di sini mesti nak jumpa kan? Tapi Ell sibuk sangat sekarang ni nak menguruskan hidup yang masih tunggang langgang dan senarai orang yang Ell nak berjumpa tu sangat panjang. Slow-slow ye. Even best friend Ell, Lady D tu pun Ell tak jumpa lagi. Japgi kita BBM ye yang yang cuk ku Lady D.

So, apa yang belajar di sini, Ell akan kongsikan dengan korang. Seriously, banyak movie yang Ell terlepas untuk tengok sebab hal ni. Tapi hari tu dapat gak tengok Transformer: Dark of the Moon. Sempat jugak kan.

MENCARI REZEKI

Berdikari tu alasan kedua sebenarnya. Motif kan tak ikut turutan. Alasan paling utama yang membawa Ell dan Mr Hall ke KL ni ialah untuk MENCARI REZEKI ye bukan BERJIMBA, BERJOLI DAN BERSERONOK TAK HENGAT DUNIA SEBAB DAH JAUH DENGAN MAK BAPAK. Motif orang-orang yang mempunyai PHD berfikiran begitu. Korang memang hampeh dan keji. Makanlah daging sedara sendiri sebab buat fitnah.

Korang ingat Ell dan Mr Hall ni suka ke hulu ke hilir takde ikatan apa-apa? Kitorang pun nak kahwin tapi duitnya ciput dan hidup tak stabil. Kitorang bukannya orang senang yang boleh disponsor oleh PAMA Enterprise. PAMA Enterprise tu apa? Merujuk pada PApa dan MAma. Jadi nak kahwin kenalah guna duit sendiri. Tak payahlah tanya soalan kenapa kenapa kenapa. Rimas tau tak. Kalau kahwin seringgit dua 2 tahun lepas dah kahwin tau tak.

*Tarik nafas...... hembus. Kan dah teremo*

Selain daripada kahwin, rezeki yang kitorang cari ni adalah untuk family kitorang jugak. Daddy sepatutnya dah rehat goyang kaki kat rumah sambil tukar-tukar channel Astro (aktiviti favorite Daddy nak bagi kitorang annoying) tapi terpaksa bekerja lagi sebab Ell masih tak stabil. Malu tau tak. Ell ni anak sulung. Ell ada tanggungjawab terhadap family Ell. Ell ada Mummy dan adik-adik. Ell nak balas penat lelah parents Ell yang membesarkan kitorang adik beradik. Walaupun diorang tak minta balasan, Ell tetap nak balas apa yang Ell mampu. Samalah juga dengan Mr Hall. Kitorang datang sini untuk cari rezeki, bukan nak berseronok sebab jauh dari keluarga. Hidup pun terumbang ambing tak habis lagi. Di saat orang-orang yang mempunyai PHD sedang membayangkan Ell dan Mr Hall berseronok di sini, ketahuilah korang yang kitorang kepenatan setiap hari berkerja. Jumpa hujung minggu jer. Kadang-kadang tu hujung minggu pun Mr Hall keje. Tambahan lagi bulan puasa ni. Penat tapi kitorang tak menyesal dapat berkerja di company yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik. InsyaAllah kitorang akan menabung untuk masa depan dan keluarga.

Itulah yang Ell nak cerita. Malas sebenarnya nak cerita benda personal macam ni tapi dah banyak sangat orang tanya dan lebih menyakitkan hati bila ada orang buat spekulasi sendiri. Sebab tu Ell tulis entry walaupun Ell still terfikir,

PERLUKAH AKU EXPLAIN SETIAP BENDA YANG AKU BUAT?

2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

paham pengalaman lis..mcm tula jugak yg ksu alami..masa berhijrah ke johor, cari kerja d KL..suma tanya knp xdok kedah jek..semuanya utk pengalaman.. memula mmg huruhara (skrg pun huruhara lg gak sbnrnya)..hehehe..
tp insyallah, bila dah stabil, lis nnti berjaya nanti...:)

p.s: yg ksu tak sangka, keputusan ksu berhijrah ke KL nih, miza ngan mummy chom pun at last, mengikut dok sini..hehehe

Elyssa said...

tulah namanya rezeki. macam tak sangka dah duduk kat kl skrg ni. kita tak tau kan rezeki kita kat mana. mungkinkah di Uganda?

eloklah tu kak su family semua ada kat sini. best kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...