SPECIAL OFFER

Thursday, August 25, 2011

Salam Syawal dari Ell

Kejap jer Ramadhan kali ni. Rasa sedih pula nak tinggalkan Ramadhan tapi dalam masa yang sama exicted nih nak sambut syawal dan balik beraya di Penang. Nasib baik last minute Ell dapat jugak cuti walaupun kena bawa keje balik rumah. Yang penting boleh balik Penang.

Maybe sebab sibuk dengan kerja dan life sekarang membuatkan Ell rasa Ramadhan cepat jer berlalu. Walaupun Ell dapat pergi Bazar Ramadhan di Putrajaya, Shah Alam dan Wangsa Maju, Ell tetap rindukan Bazar Ramadhan kat Bayan Baru. Hometown kan. Mestilah rindu. Gaji pun masuk awal tapi still takde masa nak shopping raya. Hari tu pun terbeli sepasang baju kurung moden. Haha! Terbeli tu. Memang niat nak beli lepas dapat gaji tapi memandangkan saiz baju tu perfect untuk Ell, baju tu cantik dan hanya tinggal sehelai je dipakai patung display tu. Ell terus memandang Mr Hall dengan muka yang sayu dan terus rembat. Makanya lepas itu menghitung hari le tunggu gaji.
Ramai yang ambil cuti awal untuk balik kampung sebab tak nak terperangkap dalam jem. Ramai jugak yang ambil cuti semata-mata nak shopping raya. Yelah kena macam Ell ni, gaji dah dapat tapi takde masa nak shopping raya. Nak tunggu hari Sabtu ni jugaklah nampaknya. Walaupun Jalan TAR dan Jalan Masjid India yang sesak dengan orang tu tepi ofis Ell jer, setakat nak pergi masa lunch time memang tak cukup masa.
Itu pun Ell semalam nak renew lesen memandu kat JPJ Maju Junction, dah habiskan masa hampir sejam. Jalan ke sana dah berapa minit. Ambil nombor kena pulak nombor 2475 tapi nombor yang dipanggil 2400. Macam mana tu? Tak ke pengsan. Memandangkan Ell yang bertemankan Ayu pun dah lambat nak masuk balik ke ofis, terpaksa Ell membawa diri tanpa sempat renew lesen tu. Balik kerja, terus Elle ajak Mr Hall ke Bazar Ramadhan Putrajaya untuk renew lesen memandu. Apa kena mengena Bazar yang penuh dengan makanan tu dengan lesen memandu? Ha! Ini memang Ell puji JPJ sebab sediakan satu van kat Bazar Ramadhan Putrajaya tu untuk orang awam renew lesen memandu, road tax, bayar saman dan beberapa limited servis lagi. Orang pun tak ramai jadi tak sampai 5 minit Ell dah renew lesen memandu dan sedia untuk drive balik Penang.

Pst! Akak yang jaga kaunter tu cantik weh! Kalau makcik-makcik tengok mesti berkenan buat menantu. Pasni mesti ramai yang sibuk nak ke van JPJ tu sebab nak tengok akak cantik tu kan. Guy! Blergh!

Lepas renew tu kitorang tak beli makanan pun kat Bazar sebab dah booking tempat kat Hailam Kopitiam Cyberjaya. Sorrylah Ell tak sempat tangkap gambar semua tapi Hailam Kopitiam buat promotion set Ramadhan. Bayar RM14.90, korang boleh pilih senarai makanan yang termasuk dalam set tu such as Nasi Lemak, Nasi Goreng, Kuey Teow Goreng dan few main dishes lagi. Bersama set ni korang akan dapat air sirap bandung yang yummy dan dessert dapat pudding coklat atau mangga, your choice. Oh ya! Beserta kurma. Ell pilih Tomyam Fried Rice dan Mr Hall Spicy Fried Rice with Prawn. Dessert kitorang ambil dua-dua flavour. Kalau nak tengok menu di Hailam Kopitiam bolehlah ke sini.

Sedap kan? Dan murah lagi tu. Dah la kat Cyber ni makanan mahal dan hampeh.



Dikesempatan ini, kami El Elyssa dan Mr Hall, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan juga semua bloggers. Semoga Syawal kali ini lebih berkat dan mengeratkan silaturrahim antara kita sesama umat Islam. Kepada mereka yang personally kenal Ell, Ell nak minta maaf kalau ada salah dan silap selama ini dan halalkanlah makan minum. Ell nak minta maaf kalau ada di antara entry Ell dalam blog ni dah menyinggung perasaan sesiapa, tak sengaja dan takde niat pun. Cuma meluahkan perasaan. Love yourself and world peace. (Lambai tangan ala miss universe)

3 comments:

intan Norafzan said...

babe,
selamat hari raya maaf zahir dan batin!tahun ni jadi ka raya KL?

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

Elyssa said...

selamat hari raya KAMI!

intan, dapat jugak balik penang weh. balik penang 8 jam, balik mai sini pun 8 jam. jem teruk giler

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...