SPECIAL OFFER

Thursday, April 5, 2012

Food: Restoran Tomyam King

Saper suka tomyam angkat tangan..... Saya! (dengan semangatnya angkat tangan). Ye betul, aku memang suka tomyam. Dari budak sampai ke besar ni memang suka sangat tomyam. Aku sangat-sangat teruja sebab ada satu restoran thai yang lain dari kedai-kedai tomyam yang ada sekarang ni. Sesiapa yang berdekatan dengan Putrajaya, silalah terjah. Yang jauh pun dialu-alukan. Sedap sangat keh? (gaya mak jemah yang kerek). Sedap dowh.

Restoran ni memang specialist dengan hidangan tomyam, nasi dan lauk pauknya. Setakat yang aku tengok dalam menu, takde mee, bihun atau kuew teoy semua. (Sorry kalau aku miss tengok dalam menu). Ada hidangan untuk set untuk 3 dan 4 orang. Hari tu aku dan Mr Hall bawa Mimin makan kat sini. So kitorang pun ambil set untuk 3 orang. Ada apa dalam set untuk 3 tu? Ini set yang kitorang pilihlah, korang boleh pilih set yang lain.



[1 jug Ice Lemon Tea]

[tomyam dan ayam gajus]

[Ayam Masak Gajus]

[Kangkung Crispy]

[Sambal dan ulam]

[Tomyam Kung]
Harga satu set ni kalau tak silap RM35. Mr Hall gi letak mana tah resit tu. Bila ditanya kenapa tak simpan, jawapannya
Mr Hall: "Kenangan bukan di resit Yang tapi di ingatan."
Aku: "Orang nak tulis kat bloglah"
Mr Hall: "Esok masih ada"

Sabar je lah kan. Aku suka kangkung crispy tu. Sedap. Restoran ni memang bersih, pekerja pun kemas. Memang puas hati makan kat sini. Dua hari lepas, aku teringin nak makan nasi goreng so aku ajak Mr Hall pergi Tomyam King. Macam aku cakap, aku tak nampak menu goreng-goreng (mee, bihun semua) tapi ada 2 nasi goreng yang special. Mr Hall satu, aku satu.

[Nasi Goreng Cili Hijau]

[Nasi Goreng Tomyam Kung]
Tomyam Kung pun kitorang order jugak nak menghirup tapi Nasi Goreng ni memang tak perlukan bantuan tomyam untuk rasa yang lebih enak sebab memang sedap pun. Nasi Goreng Cili Hijau berlaukkan ikan ala-ala fish and chips tu, Nasi Goreng Tomyam Kung pulak dengan Udang goreng tepung. Muka dua-dua ekor makan sangat menyelerakan. Harga? Sila rujuk dialog di atas. Kalau tak silap aku nasi goreng ni RM6.90. Lain kali kalau aku pergi lagi aku updatekan harga sekali ye. Tapi yang pasti harga dia berpatutan dan tak mahal pun. Korang boleh makan sambil mendengar lagu. Masa Mimin datang hari tu diorang pasang lagu Michael Jackson tapi selalunya lagu-lagu rock kapak. Hehe... Tempatnya memang selesa. Rasa cam teringin nak makan kan kan kan. Sila rujuk lokasi kat bawah ni.

Lokasi: No 8, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Putrajaya. (Bersebelahan Bank Muamalat, bertentangan dengan Nasi Ayam Gemas dan berdekatan Mr Kabab.) 

5 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

nasik ijau tu mmg menggoda..

Elyssa said...

lis mkn nasi hijau tu la kaksu. sedap!!!!

Zila Zainal said...

hi babe! i just followed u!
btw, i put u as reference in my blog k!

follow back pretty pliss... :P

http://eatclimbrun.blogspot.com/2012/04/another-makan-makan-birthday.html

Ann Ishak said...

saya pun pencinta tomyam jugak, dah teruja tengok gambo tomyam tu...harus nak mencari jugak resto ni

Elyssa said...

cari ann jgn x cari. mmg sedap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...