SPECIAL OFFER

Tuesday, October 9, 2012

Perginya Adenan Arshad


It took me a lot of courage to write this without any tears anymore. Tak tau kenapa seorang dari seorang pakcik aku kembali ke rahmatullah meninggal keluarga, saudara mara dan aku di sini. Semestinya kerana ajal sudah menjemput dan Allah lebih menyayangi mereka. Setiap seorang meninggalkan kenangan untuk aku kenang dan aku sentiasa mendoakan roh mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

8 Oktober 2012, adalah hari di mana seorang lagi bapa saudara ku pergi meninggalkan keluarganya dan kami yang lain. Adenan Arshad adalah seorang suami, bapa, datuk, cikgu, idola dan sifu untuk setiap insan yang mengenali beliau. Beliau adalah sepupu kepada ibuku. Pemergian beliau teramat cepat. Tiada siapa pun termasuk keluarga beliau bersedia menerima semua ini. Allahyarham Adenan Arshad atau aku dan anak saudara yang lain panggil Pak Tam masih kuat berjalan dan bergurau sehari sebelum beliau pergi.



Hingga kini aku masih tak sanggup nak buka Facebook sebab komen dan usikan beliau ada di mana-mana sahaja terutama sekali bualan dan gurau senda beliau dengan Mama dan seorang lagi ibu saudara aku. Bila aku dengar sahaja beliau tenat di hospital, aku terus meluru ke hospital menaiki LRT dan teksi. Sesampai aku di sana, aku lihat seorang demi seorang wajah anak-anak beliau. Aku rasa sangat terkilan kerana tak sempat untuk melawat beliau ketika beliau masih sihat. Aku terkilan kerana aku tak sempat bawa Mr Hall berjumpa dengannya, Mr Hall pun berasa begitu. Aku masih lagi terkilan kerana aku tak sempat berikan hadiah yang aku beli ketika aku di Singapore beberapa minggu yang lepas.

Air mata aku tak henti-henti mengalir. Tak kala melihat gambar beliau di atas kerusi roda, aku terasa seperti ingin bergegas pergi berjumpa beliau tetapi memandangkan hari sudah malam dan aku fikir esok masih ada. Sayang sekali aku silap bila esok masih ada buat aku tapi bukan buat beliau. Aku hanya dapat melihat beliau di CCU (Unit Rawatan Jantung) dengan tiub bersambung di badan. Aku tak sempat nak berkata apa-apa pada beliau. Aku tak tau beliau tahu atau tidak yang aku ada di situ waktu itu. Segalanya sudah terlambat bagi aku.

Beliau aktif di Facebook. Ada sahaja kata-kata nasihat dan gurau senda beliau di situ. Kehilangan beliau tersangatlah aku rasai. Beliau mengingatkan aku pada pakcik-pakcik ku yang sudah tiada. Pak Besar, Mamu  Adzmi, Pupa Raden dan kini beliau turut serta bersama mereka. Kini hanya tinggal dua orang lagi pakcik ku. Pengebumian beliau berjalan lancar pada malam yang sama selepas Isya'. Walaupun sudah berumur 69, beliau masih lagi kuat dan nampak lebih muda dari usia sebenar.

Pak Tam, kami sangat menyayangi Pak Tam. Kami redha dengan pemergian Pak Tam. Allah lebih sayangkan Pak Tam. Pergilah dengan tenang. Kami akan sentiasa mendoakan Pak Tam. Walaupun aku cakap aku cuba untuk mengumpul semangat untuk menaip tanpa airmata, berlinang juga akhirnya sepanjang entri ini aku taip.


Gambar diambil dari Facebook beliau. The one and only Adenan Arshad.





3 comments:

Anonymous said...

Thanx for the lovely entry.. air mata rina juga berlinang.. x tahan.. sbb liss ckp tu betul sgt.. we r not ready for this.. subhannallah.. sesungguhnya Allah xkan mepercepat atau melambatkan ajal seseorg itu walau sesaat.. masyaallah.. tima kasih liss sbb liss dan keluarga antara salah satu sbb dia suka lyn fb utk bgurau senda dgn saudara mara n kwn2 yg suka melayan dia.. tq so muchhhhhhh. . Adza Rinawati Adenan

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ksu bila buka FB mcm hambar.. setiap kali ksu buat post pasti ada aja komen usikan dr dia.. kalau post ksu tgh marah, pasti ada nasihat dr dia.. berkali2 ksu buka FB paktam semula, tatap wajah dia.. sgt2 rindu... dia sgt dkt dgn kita, setiap hari pasti dia bersama kita, wpun tak bertemu secara formal.. dia sudah seperti pengganti arwah abah ksu.. last jumpa paktam di rumah haritu masa dia masih sihat, rasa sgt2 rugi tidak mencium dan memeluknya kalau ku tahu itu kali terakhir berjumpa..

Elyssa said...

memang terasa sgt kehilangan pak tam. air mata ni dah berapa kali dah bertakung. tahan jer sbb kat ofis. rindu sgt nak dpt reply dr fb pak tam. pak tam skrg dah bersama arwah mamu, pupa raden, pak besaq dan dadaji. Semoga roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...