SPECIAL OFFER

Thursday, November 5, 2015

TV Series: Quantico

Dari Bollywood ke Hollywood Priyanka Chopra merantau berlakon dalm TV Series baru Quantico. Ini antara series yang Mr Hall and I tertunggu-tunggu. Dah berbulan jugak tunggu TV Series keluar. Once dah keluar, harap tak meletup la laptop ye.

Kalau sesiapa yg suka cerita berkaitan dengan FBI dan CIA ni korang mesti familiar dengan Quantico. Bukan sejenis biskut yang sedap dimakan petang-petang. FBI Academy terletak di Quantico, Virginia. Bukan Akademi Fantasia.



Quantico ni cerita pasal Alex Parish (Priyanka Chopra) yang kena frame kononnya dia adalah terrorist yang meletupkan beberapa bangunan. Sebab innocent katanya, Alex terpaksa berlari-lari tanpa menyanyi ala Bollywood untuk cari siapa terrorist sebenarnya dan orang yang bertanggungjawab menjadikan Alex kambing hitam dalam kes ni. Ini bukan Black Metal.

So, cerita ada flashback, then pergi balik masa yg sedang berlaku (present). So flashback ni kita bolehlah tengok apa training yang diorang lalui di Quantico. Katanya, salah seorang dari batch Alex yang sebenarnya rancang semua ni. All I can say, you'll never know who that person really is. Banyak dark secret yang diorang nak sorokkan dan seboleh-bolehnya tak nak orang lain tahu pasal diorang. Realitinya, benda macam ni banyak berlaku dalam kehidupan seharian. Sebab tu kita terkejut, bila dapat tahu perempuan yg pakai sopan dan tertib sebenarnya jadi call girl malam-malam, bapa nampak penyayang sebenarnya abuse anak dia (worse sexually sampai preggy) dan boyfriend yang kononnya romantik kelar girlfriend, cincang masuk kotak sebab cemburu. So beware with people around you. Mostly, ramai yang ada agenda tersendiri.


For new series, memang I puji dan suka jalan cerita ni walaupun mula-mula ramai yang mempertikaikan kenapa akak Priyanka yang jadi lead dalam cerita ni. Tak pernah tengok cerita Bollywood le tu. Tapi selepas beberapa episode makin ramai yang suka.

Congratulations Quantico, you're in our To Watch List.

Kepada korang yang nak tengok series ni, boleh tengok di

Channel: Astro AXN
Hari: Isnin
Masa: 10.05pm.

Enjoy the show!!

Quantico in IMDB
Quantico in Wikipedia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...